Jepun beberapa hari lalu telah dilanda satu gempa bumi kuat berukuran pada 7.4 skala Richter yang menyaksikan banyak kerosakkan infrastruktur berlaku, temasuklah meragut tiga nyawa. Namun, disebalik bencana tersebut, siapa sangka Jepun berjaya memperbaiki jalan yang mengalami keretakan dalam tempoh 16 jam sahaja.
Kita memang biasa mendengar mengenai budaya kerja orang Jepun yang serba-serbi cemerlang. Namun, mengambil kira bahawa negara itu baru sahaja dihentam gempa bumi, pasti ramai yang tidak menjangkakan bahawa kerosakkan-kerosakkan yang dialami dapat dibaiki dengan segera.
Tetapi, apa pun itulah yang sebenarnya berlaku dan ia mengagumkan banyak masyarakat dunia. Dalam satu laporan media tempatan, ada dipaparkan rekahan besar yang berlaku di atas permukaan jalan di Lebuh Raya Tohoku.
Ambil masa singkat baiki jalan
Lebuhraya tersebut terpaksa ditutup kepada orang ramai kerana tidak selamat digunakan. NEXCO (Nippon Expressway Company) iaitu syarikat yang menyenggara lebuh raya di Jepun telah memuat naik ciapan yang menyatakan permohonan maaf mereka diatas keputusan tersebut.
Kalau di negara-negara lain, mungkin pengguna jalannya terpaksa menunggu beberapa hari atau minggu sebelum dapat menggunakan jalan berkenaan semula. Malah ia memang sudah dijangka dengan mengambil kira negara baru sahaja dilanda bencana, bukan? Tetapi di Jepun, pengguna jalan disana beruntung kerana tidak perlu menunggu terlalu lama seperti yang disangkakan.

常磐道の復旧作業状況です。
困難に直面しながらも、作業員の方々と一丸となって復旧作業を行いました。 pic.twitter.com/ZD6jdHmq1B
— NEXCO東日本(東北) (@e_nexco_tohoku) March 18, 2022
【通行止め解除情報】(15:30時点)
昨夜23:36から地震のため通行止めを実施しておりましたが、先ほど東北道全線解除となりました。大変ご迷惑をおかけしました。
応急復旧での解除となっております。走行には十分お気をつけください。
なお、常磐道は引続き作業中です。←before
after→ https://t.co/bDtyRrI0QW pic.twitter.com/hwqI1GRZRD— NEXCO東日本(東北) (@e_nexco_tohoku) March 17, 2022
Di dalam ciapan tersebut NEXCO memberitau bahawa kerosakan tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 11.36 malam pada hari Rabu. Manakala pada pukul 3.30 petang keesokkan harinya pula, jalan yang ditutup untuk kerja baik pulih itu telah pun siap dan akan dibuka semula.
Melalui ciapan berkenaan, warganet telah membuat pengiraan secara kasar berapa jam masa yang diambil oleh NEXCO untuk menyiapkan kerja baik pulih tersebut. Mereka mendapati, dari tempoh ciapan awal hinggalah ciapan memaklumkan jalan sudah dibaiki, pihak pengurusan Jepun hanya mengambil masa selama 16 jam sahaja.
Lebih mengagumkan, walaupun kejadian tersebut berlaku akibat bencana alam, namun pihak NEXCO dengan rendah hati memohon maaf kepada pengguna jalan raya atas kesulitan yang mereka hadapi.
Melihatkan kerja luar biasa tersebut, ramai pengguna Twitter termasuk mereka yang bukan berasal dari Jepun menyatakan kekaguman masing-masing melalui ulang ciap tweet berkenaan.
That's fast 👍👍👍 https://t.co/BfisCeicBB
— Дзен-Аку 🇺🇦 (@zen_aku3000) March 18, 2022
Super quick fixed of earthquake damage of highway asphalt in 16hrs. 👏🙂 One of the coolest things in Japan. Ppl can go and drive during this coming long weekend. Also domestic transport. https://t.co/LXQdURygCI
— aki 🥃🙂🤘 (@fukayaqui) March 17, 2022
I am so proud that the heavily damaged road was repaired within 16 hours after the big earthquake. https://t.co/d20WAwPMVP
— Offside🌻by 古瀬幸広 (@yfuruse) March 18, 2022
BACA: Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Dijangka ‘Landa’ KL & Putrajaya 28 Mac Ini
Sumber: NEXCO, ANNnewsCH, Sora News 24