Siakap Keli
jepun jalan 16 jam

Retak Teruk Digegar Gempa Bumi, Jepun Ambil Masa 16 Jam Je Untuk Siap Baiki Jalan

Jepun beberapa hari lalu telah dilanda satu gempa bumi kuat berukuran pada 7.4 skala Richter yang menyaksikan banyak kerosakkan infrastruktur berlaku, temasuklah meragut tiga nyawa. Namun, disebalik bencana tersebut, siapa sangka Jepun berjaya memperbaiki jalan yang mengalami keretakan dalam tempoh 16 jam sahaja.

Kita memang biasa mendengar mengenai budaya kerja orang Jepun yang serba-serbi cemerlang. Namun, mengambil kira bahawa negara itu baru sahaja dihentam gempa bumi, pasti ramai yang tidak menjangkakan bahawa kerosakkan-kerosakkan yang dialami dapat dibaiki dengan segera.

Tetapi, apa pun itulah yang sebenarnya berlaku dan ia mengagumkan banyak masyarakat dunia. Dalam satu laporan media tempatan, ada dipaparkan rekahan besar yang berlaku di atas permukaan jalan di Lebuh Raya Tohoku.

Ambil masa singkat baiki jalan

Lebuhraya tersebut terpaksa ditutup kepada orang ramai kerana tidak selamat digunakan. NEXCO (Nippon Expressway Company) iaitu syarikat yang menyenggara lebuh raya di Jepun telah memuat naik ciapan yang menyatakan permohonan maaf mereka diatas keputusan tersebut.

Kalau di negara-negara lain, mungkin pengguna jalannya terpaksa menunggu beberapa hari atau minggu sebelum dapat menggunakan jalan berkenaan semula. Malah ia memang sudah dijangka dengan mengambil kira negara baru sahaja dilanda bencana, bukan?  Tetapi di Jepun, pengguna jalan disana beruntung kerana tidak perlu menunggu terlalu lama seperti yang disangkakan.

Gambar: ANNnewsCH

Di dalam ciapan tersebut NEXCO memberitau bahawa kerosakan tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 11.36 malam pada hari Rabu. Manakala pada pukul 3.30 petang keesokkan harinya pula, jalan yang ditutup untuk kerja baik pulih itu telah pun siap dan akan dibuka semula.

Melalui ciapan berkenaan, warganet telah membuat pengiraan secara kasar berapa jam masa yang diambil oleh NEXCO untuk menyiapkan kerja baik pulih tersebut. Mereka mendapati, dari tempoh ciapan awal hinggalah ciapan memaklumkan jalan sudah dibaiki, pihak pengurusan Jepun hanya mengambil masa selama 16 jam sahaja.

Lebih mengagumkan, walaupun kejadian tersebut berlaku akibat bencana alam, namun pihak NEXCO dengan rendah hati memohon maaf kepada pengguna jalan raya atas kesulitan yang mereka hadapi.

Melihatkan kerja luar biasa tersebut, ramai pengguna Twitter termasuk mereka yang bukan berasal dari Jepun menyatakan kekaguman masing-masing melalui ulang ciap tweet berkenaan.

BACA: Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Dijangka ‘Landa’ KL & Putrajaya 28 Mac Ini

Sumber: NEXCO, ANNnewsCH, Sora News 24

Zahirah