Siakap Keli
lelaki maut dalam kereta
Gambar sekadar hiasan

Lelaki Ditemui Maut Dalam Kereta, Disyaki Keracunan Karbon Monoksida

Seorang lelaki ditemui maut dalam kereta dipercayai akibat keracunan karbon monoksida di Duren Sawit, Jakarta Timur, pada Jumaat.

Mangsa sebelum itu dikatakan tidur dengan menggunakan penghawa dingin serta menutup tingkap kereta dengan rapat, dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Duren Sawit, mangsa yang berusia 40 tahun itu ditemui meninggal dunia oleh penduduk.

“Mangsa pada mulanya memandu kereta, kemudian dia berhenti di tepi jalan.

”Tidak lama kemudian, dia ditemukan meninggal dunia oleh para penduduk,” katanya

Jelas Suyud, pihaknya sudah memeriksa keadaan mangsa ketika ditemui meninggal dunia.

Namun, dakwaan berkenaan lelaki tersebut maut dalam kereta akibat keracunan karbon monoksida masih belum dapat disahkan oleh petugas bertanggungjawab.

“Tanda-tanda keganasan juga tidak ditemui. Kita masih menunggu keputusan bedah siasat,” kata Suyud.

Hasil pemeriksaan polis di lokasi juga tidak menemui sebarang kesan kecurian. Malah, kesemua barang mangsa juga tiada yang hilang.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Citpo Mangunkusomo dan pihak polis masih menunggu keputusan pemeriksaan hospital bagi mengenal pasti punca kematian.

”Punca kematian mangsa masih dalam siasatan sekarang,”  kata Suyud.

Sumber: Detik.com

Akhmar Ikmal