Siakap Keli

“Melampaui Batas Yang Perlu Ditegur”, Respon Menteri Agama Tentang Isu Drama Viral

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping foto yang memaparkan bebarapa aksi dipercayai membabitkan sebuah drama yang didakwa melampaui batas. Perkara berkenaan pantas menjadi bualan masyarakat khususnya warganet di media sosial.

Malah, isu tersebut turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad untuk memberi respon dengan apa yang sedang berlaku ketika ini. Katanya, beliau menghela nafas panjang saat mendapat tahu perkara berkenaan.

Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.

“Hiburan tidak dihalang dalam Islam.”

Menurutnya, walapun hiburan tidak dihalang di dalam Islam, namun sudah pasti wujud garis panduan yang jelas dan tegas yang perlu dipatuhi.

Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati.

Justeru, beliau akan menghubungi pihak yang berkaitan bagi mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan penuh hikmah.

Disamping itu, beliau juga menyeru seluruh umat Islam, tanpa mengira usia dan pangkat, untuk sama-sama bersiap sedia menyambut ketibaan Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Katanya, umat Islam sebaiknya perlu mempersiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat disekeliling agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan.

Pada masa yang sama, kita juga diseru menjauhkan diri kita daripada perbuatan maksiat agar Ramadan ini tidak tercalar dan cacat cela.

Sumber: Ustaz Idris Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.