Siakap Keli
jakim menentang keras

JAKIM Menentang Keras Program TV Dedah Adegan Tak Bermoral

Susulan tertularnya video sedutan sebuah drama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa pihaknya menentang keras dan mengambil serius mengenai isu tersebut.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya menentang keras penyiaran program seumpama itu yang jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral yang melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak.

Drama seumpama ini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadhan.

JAKIM telah menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu ini kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Menurutnya, semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan pelakon digesa agar lebih cakna dan mengelakkan isu-isu seumpama ini.

Baca: Amaran Keras Kepada Syarikat Televisyen Yang Tidak Jaga Sensitiviti Agama, Rakyat – Annuar Musa

Hal ini kerana, ia akan menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat khususnya golongan remaja dengan budaya dan norma yang bersalahan dengan ajaran Islam dan amalan murni masyarakat Malaysia.

JAKIM tidak akan berkompromi dengan isu-isu seumpama ini dan akan sentiasa bersama dengan semua pihak berkuasa berkenaan bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ianya tidak berulang.

Terdahulu, tular mengenai satu video sedutan sebuah drama yang memaparkan aksi kurang menyenangkan sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Sumber: JAKIM

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.