Sepanjang Ramadan nanti, kita mestilah mahu kekal cergas sentiasa, bukan? Pendek kata, kita mahukan ibadah puasa itu dapat dijalani dengan sempurna tanpa letih.
Menyentuh tentang Ramadan, ia merupakan bulan puasa bagi semua yang beragama Islam. Berpuasa dalam bulan Ramadan juga merupakan salah satu Rukun Islam.
Namun sebagai Muslim, bagaimanakah caranya untuk kita kekal cergas sepanjang berpuasa dalam bulan Ramadan nanti? Bukankah kita langsung tidak boleh makan dan minum?
Untuk itu, Rafsanjani Zainal ada perkongsiannya di Facebook Diet Suku Suku Separuh. Semoga bermanfaat.
5 tips kekal cergas sepanjang Ramadan

Bulan Ramadhan ni kalau digunakan dengan betul, memang boleh hilang banyak lemak yang tak sihat. Tapi disebabkan puasa, ramai yang elak dari terus lakukan aktiviti fizikal kerana takut akan terlalu penat.
Masa tidak makan dan minum yang lama akan paksa badan untuk kurangkan metabolic rate. Jika tak lakukan apa-apa exercise selama sebulan amatlah rugi.
Ini saya kongsikan 5 tips untuk kekal cergas supaya kekal lakukan exercise dalam bulan Ramadhan.
Okay let’s go!
Mesti sahur
Tidur selama 6 jam ditambah dengan puasa 13 jam membuatkan badan sangat kurang tenaga. Ini akan membuatkan organ kepenatan dan tak cukup tenaga. Bila ini berlaku, badan akan kurangkan metabolic rate untuk reserve tenaga. Anda tak mahu badan turunkan metabolic rate ketika berdiet.
Elakkan bersenam pagi dan tengahari
Exercise akan buatkan badan berpeluh. Ini akan buat anda dehidrasi untuk tempoh yang lama. Air yang mencukupi penting untuk fungsi normal tubuh badan.
Aktiviti ringan 30 minit sebelum berbuka puasa
Aktiviti ringan dalam kategori kardio seperti jogging, brisk walk dan cycling sangat efektif untuk bakar lemak. Ini kerana pada masa ini badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. 30 minit sehari, 3 kali seminggu sudah ideal untuk mendapatkan kesan yang baik.
Kurangkan senaman angkat berat
Senaman angkat berat menggunakan strength dan power dari otot. Kekurangan tenaga dan nutrisi dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan badan menggunakan otot sedia sebagai tenaga. Kalau nak buat juga, pastikan buat selepas waktu malam.
Berhenti bila pening kepala
Badan kita sangat sayang pada diri kita. Jika anda rasa sesuatu yang berlainan ketika exercise seperti pening kepala, badan terlalu letih dan rasa nak pitam pastikan anda berhenti. Rehat dan mulakan semula nanti dengan intensity lebih rendah. Bila sudah biasa nanti, baru tambah intensity exercise.
Kawan2 yang ada tips kekal cergas dalam bulan puasa boleh tambah di komen bawah. Moga kita semua dapat bakar lemak degil dan kekalkan otot sedia ada. Goodluck semua dan selamat berpuasa!
Korang buat exercise apa time bulan puasa ni?