Siakap Keli
Gambar Facebook Nur Hamizah Bakhtiar

Resipi Ayam Menangis Meraung, ‘Confirm’ Meleleh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kita selalu dengar nama menu daging harimau menangis. Tapi pernah tak kita dengar nama menu berbunyi ayam menangis meraung?

Kalau daging harimau menangis ini terkenal dengan kelembutan serta keempukan daging yang dicicah dengan cili, macam mana pula ayam menangis meraung ini?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Nur Hamizah Bakhtiar ada berkongsikan resipi ayam menangis meraung di Facebook  Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Manalah tahu boleh cuba-cuba masak resipi ini di rumah nanti kan? Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Resipi Ayam Menangis Meraung, ‘Confirm’ Meleleh

Gambar Facebook Nur Hamizah Bakhtiar
Gambar Facebook Nur Hamizah Bakhtiar
Gambar Facebook Nur Hamizah Bakhtiar
Gambar Facebook Nur Hamizah Bakhtiar
Gambar Facebook Nur Hamizah Bakhtiar
Gambar Facebook Nur Hamizah Bakhtiar

Resepi: Ayam Menangis Meraung

Bosan dengan Daging Harimau Menangis? Cuba Ayam Menangis Meraung! Cicah pula dengan sos padu!

******
Bahan-bahan:
Bahan ayam:
  • 4 keping ayam bahagian whole leg dibuang tulang
  • 1 batang ketumbar dikisar
  • 4 ulas bawang putih dikisar
  • 1 batang serai dikisar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar madu

Bahan sos:

  • 4 ulas Bawang putih
  • 1/2 biji Bawang merah
  • 4 Cili padi dibuang biji
  • Sedikit batang Ketumbar
  • 1 sudu besar Chilli flakes
  • 1 sudu teh Gula melaka
  • 1/2 sudu besar Asam jawa
  • 1 sudu teh Sos ikan
  • 1 sudu teh Jus limau nipis
  • 1 sudu Beras disangai
  • Hirisan daun ketumbar
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara-cara

  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 3 jam.
  2. Masak ayam atas frying pan hingga garing. Angkat ayam dan ketepikan.
  3. Hiris ayam nipis-nipis.
  4. Untuk sos pula, kisar semua bahan sos hingga hancur.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Siap! Boleh dihidangkan

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nur Hamizah Bakhtiar di kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN), video Youtube Malay Kitchen

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.