Siakap Keli
James Webb
Gambar: NASA via BCC

Teleskop Angkasa Baru ‘James Webb’, Mampu Lihat Bintang Lebih Teliti

Sebuah agensi angkasa lepas di Amerika Syarikat (US) telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam mencipta Teleskop Angkasa James Webb yang baharu.

Menurut BBC, jurutera agensi itu berkata mereka telah berjaya menyiapkan sepenuhnya sebuah balai cerap yang bernilai RM40 billion dalam ujian bintang.

“Untuk sampai ke tahap ini, cermin di teleskop James Webb perlu diselaraskan dengan pecahan kecil sama dengan sehelai rambut manusia.

“Tetapi agensi tersebut telah memberi amaran bahawa terdapat banyak kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum teleskop itu dibenarkan beroperasi.

“Lee Feinberg, jurutera NASA merupakan ketua pembangunan elemen optik Webb menyifatkan pengeluaran imej pertama yang difokuskan dengan betul sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Anda bukan sahaja dapat melihat bintang dan titik proses resapan bintang, tapi anda juga boleh melihat bintang lain di angkasa dengan lebih teliti seperti yang telah dijangka.

“Selain itu, terdapat juga struktur lain yang menarik pada latar belakang.

“Kami sebenarnya telah melakukan analisis dengan sangat terperinci tentang imej yang telah kami peroleh.

“Dan setakat ini, apa yang kami dapati ialah prestasinya adalah baik malah lebih baik dari apa yang kami ramalkan paling optimis,” lapor mereka menerusi BBC.

Memetik BBC, Webb merupakan pengganti teleskop angkasa lepas terdahulu, Hubble yang dilancarkan pada 25 Disember lalu oleh roket Ariane-5 dari Guiana Perancis.

Difahamkan, matlamat projek ini adalah bertujuan untuk mengambil gambar bintang pertama yang bersinar di angkasa dan mengkaji planet yang jauh sama ada ia boleh didiami atau tidak.

“Untuk memastikan resolusi Webb dan sensitivitinya yang diperlukan untuk memenuhi keperluan misi ini, ia juga telah dilengkapi dengan cermin utama selebar 6.5m.

“Namun, permukaan pemantul ini terdiri daripada 18 segmen, sangat besar hingga terpaksa dilipat untuk dimuatkan ke dalam Ariane.

“Oleh itu, pelancaran awal telah didominasi oleh keperluan untuk bongkar cermin dan optik lain untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

“Setiap daripada 18 segmen tersebut telah dilaraskan orientasi dan lekuknya oleh motor kecil yang membolehkan mereka berfungsi seolah-olah satu permukaan monolitik,” lapor BBC.

Marshall Perrin yang bekerja di Webb dari Institut Sains Teleskop Angkasa di Baltimore, Maryland berkata bahawa mereka telah mencapai perkara yang mereka sebut sebagai bentuk terhad yang sejajar dari teleskop iaitu imej-imej yang difokuskan bersama sama seperti dalam undang-undang fizik.

Teleskop meliputi bahagian spektrum elektromagnet yang berlainan

Kerja untuk sejajarkan ia, mereka telah menggunakan satu instrumen khusus pada Webb yang telah dijalankan dan sistem utamanya dikenali sebagai NIRCam.

“Jurutera kini perlu menyemak kerja tetapan ini untuk tiga pakej instrumen lain di Webb juga.

“Hal ini mungkin memerlukan beberapa perubahan kecil atau malah beberapa kompromi dengan konfigurasi seperti yang sedia ada pada hari ini, namun sebarang pelarasan dijangka tidak penting,” lapor BBC.

BACA JUGA: (Video) Buat Pertama Kali, NASA Berjaya Rakam Imej Permukaan Planet Zuhrah

Sumber: BBC

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.