Mesti ada di antara kita yang tertanya-tanya boleh atau tidak merancang jantina anak sama ada lelaki atau perempuan?
Bagi pasangan yang sudah mempunyai ramai anak lelaki, pasti mereka inginkan kehadiran ‘bunga’ dalam keluarga mereka.
Tipulah kalau tak teringin anak perempuan kan? Tambah-tambah lagi kaum ibu, mestilah impikan anak perempuan kerana boleh jadi ‘geng’, teman memasak, ‘shopping’ dan boleh berhias cantik-cantik.

Tidak dinafikan, ada orang yang tidak kisah tentang jantina anak. Tetapi tak salahkan kalau kita berusaha dan ikhtiar asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Sebenarnya banyak petua dan tips yang dikongsi bagaimana cara untuk merancang mendapatkan jantina anak perempuan. Jom, kita meniliti perkongsian tips daripada Doktor Raihana Ismail menerusi laman Tiktoknya.
Difahamkan, untuk menentukan jantina anak adalah daripada sperma kerana sperma membawa kromosom X dan Y manakala ovum pula hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bergabung dengan isteri, maka terhasillah dua kebarangkalian iaitu XX iaitu anak perempuan atau XY anak lelaki.
Jadi, apa yang perlu buat untuk pasangan tersebut mendapatkan kromosom XX? Jom lihat di bawah.

Tips hamil anak perempuan
1. Perlu tahu masa waktu subur (ovulasi)
Untuk pengetahuan anda, sperma yang membawa jantina betina ini bergerak secara perlahan, jadi masa yang sesuai untuk hubungan intim adalah sehari selepas hari subur atau ketika waktu subur.
2. Beri suami capai klimaks dahulu
Untuk memberikan sperma betina memang, suami perlu puas dahulu sebelum wanita.
3. Si isteri boleh mandi air panas selepas hubungan intim
Selepas bersama, isteri perlu berendam di dalam ‘bathtab’ atau mandi dengan air suam.
4. Pasangan perlu sediakan ‘dalamam’ dengan berasid
Untuk pemakanan berasid ini, pasangan boleh mencuba makan nenas, anggur hijau, tomato, pisang dan keju yang bersumberkan susu kambing.

Tak salah untuk mencuba atau berikhtiar kan?
Manalah tahu, sudah tiba masanya utuk menimang cahaya mata setelah menjalani kehidupan rumah tangga berdua sahaja. Yang paling penting jangan putus asa dan menyalahkan antara satu sama lain jika tidak dapat jantina yang diingini. Asalkan bayi sempurna sifat dan sihat sudah cukup bersyukur.
Pelbagai tips kehamilan oleh Dr Raihana Ismail.
Untuk pengetahuan korang, Dr Raihana atau lebih mesra dengan panggilan Dr Rai ini sebenarnya pernah berkhidmat di klinik swasta miliknya sendiri merupakan seorang yang pakar untuk membantu ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan melalui nutrisi seimbang yang dikongsikan olehnya.
Tambahan lagi, lebih 1,000 orang wanita yang telah berjaya hamil setelah berikhtiar mengikuti tips yang dikongsikan oleh Dr Raihana. Kalau korang pun sedang ‘struggle’ untuk hamil atau sedang merancang untuk hamil, bolehlah tengok banyak lagi tips dalam telegram Dr Raihana Ismail.