Pelayan laman membeli belah atas talian, Shopee sedang mengalami beberapa masalah teknikal hari ini.
Isu berkenaan turut dimaklumkan pihak Shopee menerusi Facebook rasmi, sebentar tadi.
”Nampaknya ‘server’ kami sedang mengalami beberapa masalah teknikal.
”Pasukan kami sedang mengusahakannya dengan segera supaya anda boleh meneruskan pengalaman membeli-belah anda tidak lama lagi,” tulis Shopee.
Melalui fungsi chat secara langung di aplikasi berkenaan, Shopee memaklumkan bahawa pengguna mungkin mengalami masalah untuk log masuk aplikasi atau membuat pesanan.
“Sesetengah pengguna aplikasi (Shopee) mungkin mengalami kependaman dan tidak dapat log masuk atau membuat pesanan,” jelas Shopee.
Shopee ‘down’
Melalui tinjauan di media sosial, warganet yang juga pengguna laman berkenaan turut memberi pelbagai reaksi berkait isu teknikal Shopee.
Rata-rata daripada warganet mengaku berdepan gangguan teknikal yang sama, di mana akaun Shopee mereka log keluar dengan sendiri.
Selain di Malaysia, masalah teknikal ini turut dihadapi oleh pengguna Shopee di negara jiran Indonesia. Perkara ini turut disahkan pihak Shopee Indonesia melalui laman Twitter rasmi.
https://www.facebook.com/ShopeeMY/photos/a.1572337659685222/3241156039470034/
Sobat Shopee, beberapa layanan Shopee tengah mengalami gangguan. Shopee mohon maaf atas ketidaknyamanannya. Namun tidak perlu khawatir, transaksi yang telah dilakukan pelanggan dan mitra akan dapat segera dilakukan kembali. pic.twitter.com/8iUiwuNQLc
— Shopee Indonesia (@ShopeeID) March 22, 2022
Sumber: Shopee