Siakap Keli
mencium budak
Instagram: @memomedsos

Aksi Lelaki Tak Dikenali Cuba Cium Budak Terakam CCTV

Seorang lelaki di Samarinda telah ditangkap dan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika cuba mencium seorang budak, lapor Suara.com.

Semasa kejadian, lelaki itu sedang berjalan di sebuah kompleks perumahan di salah sebuah pinggir bandar, dan telah ternampak seorang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumahnya.

Kanak-kanak yang masih kecil itu kemudiannya didatangi lelaki tersebut, namun dari kamera CCTV kelihatan kanak-kanak itu bergelut dengannya apabila dipaksa dicium.

Perbuatan keji lelaki itu ditangkap oleh seorang wanita yang keluar dari rumah kanak-kanak tersebut.

Wanita yang disyaki ibu kanak-kanak itu segera menghalau lelaki tersebut. Lelaki itu hanya tersengih sambil meninggalkan lokasi itu.

Video tersebut kemudian tular di media sosial Instagram. Beberapa akaun Instagram telah pun memuat naik rakaman CCTV itu.

Salah satu akaun yang memuat naik video lelaki mencium budak tersebut adalah @memomedsos yang turut memberikan maklumat lengkap tentang lokasi dan masa kejadian.

Seorang lelaki di Samarinda ditangkap keluarga mangsa ketika sedang mencium anak kecil di sekitar kawasan Sungai Kunjang Samarinda siang tadi, Selasa, 22 Mac 2022 kira-kira jam 13:50 tengah hari waktu tempatan.

“Aksi lelaki itu terakam CCTV dan juga diketahui keluarga mangsa. Saat ini suspek sudah ditahan pihak polis,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Respon warganet

Warganet yang melihat video tersebut lantas memberikan pelbagai respon. Ramai di antara mereka mengecam dan berasa kesal dengan tindakan lelaki itu.

Jangan bagi muka,” tulisnya.

Nasib baik bapa dia tiada, kalau ada dah kena cium parang,” tulis seorang lagi.

“Naudzubillah seramnya ya Allah,” tulis yang lain.

Dalam kes lain, seorang guru disyaki cabul enam pelajar lelaki di masjid di Kampung Keniten, Ponorogo, Jawa Timur, memetik laporan Tribun News.

Polis Kasatreskrim Ponorogo, AKP Jeifson Sitorus berkata, penyiasat telah menahan suspek sejak Februari 2022.

“Ketika ini Jaksa Penuntut Umum (JPU) sedang meneliti fail tersebut,” kata Jeifson, pada Jumaat (11/3/2022).

Suspek melakukan perbuatan terlarang itu sejak tahun 2021 hingga 2022.

“Suspek merupakan seorang tutor al-Quran di masjid berkenaan,” sambungnya lagi.

BACA: 227 Kod ‘Rahsia’ Netflix, Rugi Kalau Kau Tak tahu

Sumber: Suara.com

Aireena Marizan