Siakap Keli

Asrama Pelajar Tahfiz ‘Lesap’ Dihentam Banjir Besar, Tya Arifin Turun Padang Sendiri Bantu ‘Bangunkan’ Semula

Tragedi banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Selangor pada Disember tahun lepas telah menyebabkan banyak bangunan yang musnah terutamanya di kawasan Hulu Langat termasuklah asrama pelajar tahfiz. Bukan itu sahaja, rumah serta kenderaan milik orang awam juga turut musnah dibadai dan dihanyutkan arus deras terutamanya arus dari Sungai Lui.

Kredit: YAYASAN SOFA

Banjir besar musnahkan asrama pelajar tahfiz

Dalam kekalutan banjir yang melanda tersebut, Maahad Tahfiz As Sofa juga tidak terkecuali menjadi ‘mangsa’ arus deras dari Sungai Lui yang sangat berhampiran dengan kawasan ini. Apa tidaknya, pelajar asrama lelaki di Maahad tersebut ‘lesap’ dan musnah dilanda banjir pada hujung tahun lepas.

Pun begitu, mujurlah tiada kehilangan nyawa dilaporkan berikutan mereka pulang bercuti. Maahad itu juga dilaporkan dinaiki air hampir dua meter dalam kejadian yang telah meranapkan bangunan asrama pelajar lelaki.

Kredit: YAYASAN SOFA
Kredit: YAYASAN SOFA

Perlu Bantuan Tabung Kilat Bencana Alam

Kemusnahan yang berlaku dalam sekelip mata itu sememangnya tidak dapat dielakkan, namun proses pembelajaran pelajar-pelajar di maahad tersebut tetap perlu diteruskan. Disebabkan itu, pihak pengurusan maahad tersebut telah merayu bantuan Tabung Kilat Bencana Alam untuk membaik pulih struktur yang musnah terutamanya di asrama pelajar lelaki.

Tidak hairanlah, sekiranya berlaku musibah di mana-mana, terdapat ramai rakyat Malaysia yang prihatin untuk menyalurkan dalam pelbagai bentuk sumbangan supaya dapat meringankan beban mangsa banjir. Tidak kurang juga, selebriti dan usahawan banyak membantu dalam menangani pasca banjir pada ketika itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Tya Arifin dan suami turun padang bagi sumbangan bencana banjir besar

Antara usahawan terkenal yang terlibat dalam usaha membangunkan semula maahad ini adalah Tya Arifin dan Asyraf Khalid.  Tya bersama suaminya pada beberapa hari lepas telah berkongsikan sedikit sebanyak rezeki Cahaya Mutyara kepada Maahad Tahfiz As-Sofa.

Apa yang lebih menarik, pasangan usahawan selebriti ini turun padang sendiri meninjau keadaan di maahad tersebut di samping meluangkan masa bersama pelajar-pelajar.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Tya juga meminta warganet untuk turut sama mendoakan agar maahad tersebut akan kembali seperti sedia kala.

Tambah Asyraf pula, dia berasa seronok dapat bersembang dengan anak-anak di sana yang semuanya ‘friendly‘ dan turut mendoakan agar Allah permudahkan segala urusan mereka di dunia dan di akhirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)

Menerusi perkongsian Mutyara Beauty di laman Instagram pula, mereka akan meneruskan Cahaya Mutyara ini sehingga berjaya dan percaya dengan kata-kata bahawa urusan kita akan dipermudahkan sekiranya permudahkan urusan orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mutyara HQ (@mutyarabeauty)

Hasil sumbangan dari Pembelian Jus Mutyara dan kempen derma selama 1 bulan

Sumbangan yang diserahkan oleh Tya kepada Maahad Tahfiz As-Sofa adalah hasil daripada sumbangan dari pembelian Jus Mutyara serta kempen menderma selama satu bulan yang dijayakan oleh Mutyara sendiri. Bukan itu sahaja, rezeki buat Maahad ini juga adalah hasil dari Wanita-wanita Mutyara dan usahawan Mutyara yang sangat mengharapkan maahad ini ‘pulih’ seperti sedia kala.

Doakan semoga tempat ini menjadi kembali seperti sedia kala, dan Tya Mutyara boleh memberikan lagi manfaat kepada ramai orang dengan rezeki yang Allah berikan.

Seronok dapat menyumbang, ringankan beban mangsa banjir

Tya Arifin melalui Mutyara membuat sumbangan kepada komuniti terjejas dengan menggalakkan dan membantu Usahawan Mutyara memperolehi lebih banyak pendapatan melalui kempen tersebut. Perkara ini bermakna, di samping menjana pendapatan, Usahawan Mutyara dapat menyumbang hasil jualan kepada golongan yang memerlukan pada saat-saat genting.

Anda juga sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada team Mutyara sekiranya mendaftarkan diri sebagai ahli Mutyara. Jangan risau kerana tiada yuran pendaftaran yang dikenakan malah anda juga tidak perlu keluarkan modal untuk bermula. Lebih menarik, anda tak perlu risau nak simpan stok kerana Usahawan Mutyara tidak perlu memegang stok tetapi hanya perlu mencari pembeli.

Sekiranya anda berasa tidak pasti, tidak usah risau kerana panduan dan latihan akan diberikan secara berkala daripada Tya Arifin bagi memastikan Usahawan Mutyara berjaya. Sekiranya berminat, anda boleh melayari pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.