Siakap Keli
cara hilangkan gam gajah pada jari

Cara Hilangkan Gam Gajah Pada Jari, Hanya Guna Air Dan Garam

Mesti ada yang tertanya-tanya mengenai cara hilangkan gam gajah pada jari. Ini kerana Gam Cyanoacrylate atau lebih dikenali sebagai ”Gam Gajah” atau ”Super Glue” sememangnya sukar untuk dihilangkan jika terkena kulit manusia.

Tidak seperti pelekat biasa, gam cyanoacrylate terdiri daripada resin akrilik yang mengeras serta memberikan kesan yang sangat kuat dan cepat untuk melekatkan sesuatu barang.

Jika terkena kulit dan tidak ditanggalkan dengan cara yang betul, awas kerana kulit anda boleh terkupas sehingga mengalami luka.

Oleh itu, seorang pengguna Tiktok di akaun fn4thirah berkongsi satu tips mudah mengenai cara hilangkan gam gajah yang melekat pada jari dengan menggunakan air dan garam.

Pertama, letakkan garam di atas jari yang terlekat gam. Kedua, celupkan jari bersama garam ke dalam air sehingga gam tertanggal.

Mudah kan? Selepas ini anda bolehlah gunakan cara ini. Selamat mencuba!

@fn4thirah

Tips tanggalkn gam 3 second #fyp #berandatiktok #fypdongggggggg #fypage

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Sumber: Tiktok fn4thirah

Akhmar Ikmal

"