Siakap Keli
covid-19 22 mac
Gambar via Bernama

COVID-19: 21,483 Kes Baharu Direkodkan, 73 Kes Kematian

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,483 kes positif harian COVID-19 direkodkan setakat tengah malam semalam (22 Mac 2022).

Menurut data yang dikemaskini di laman COVIDNOW, kes baharu yang dicatat melibatkan 21,089 kes tempatan, manakala 32,814 lagi adalah kes import.

Jumlah berkenaan menjadikan bilangan kes kumulatif bertambah sebanyak 4,032,435 kes.

Sementara itu, terdapat 73 kematian baharu termasuk 25 kes kematian luar hospital atau brought-in-dead (BID) turut direkodkan.

Selain itu, sebanyak 6,617 (2.6 peratus) pesakit COVID-19 memerlukan rawatan di hospital, manakala 0.1 peratus (209 kes) melibatkan penggunaan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kini berada pada kadar 58.1 peratus, melibatkan 35.4 peratus penggunaan alat bantuan pernafasan. Manakala kapasiti di katil di wad hospital yang terpakai untuk pesakit COVID-19 adalah 66.4 peratus.

Sumber: COVIDNOW

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.