Siakap Keli
bulan puasa

Lelaki Kongsi Tips Untuk Turunkan Berat Badan Secara Sihat Di Bulan Puasa

Bila masuk bulan puasa, pasti ramai yang turut mengambil peluang untuk menurunkan berat badan dan menanam azam untuk mencapai sasaran berat yang diinginkan.

Manakan tidak, pola makan akan dapat dikawal dengan lebih mudah ketika berpuasa.

Menurut Hello Doktor, perubahan pola makan sepanjang bulan Ramadan di mana hanya mengambil makanan sewaktu berbuka dan sahur saja, dilihat sebagai satu cara yang efektif untuk mengurangkan hidangan makanan yang biasa diambil.

Pun begitu, kadang-kala diet yang diamalkan ketika bulan puasa boleh ‘memakan diri’ jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Anda seharusnya perlu memastikan agar corak diet yang diamalkan tidak terlalu membebankan diri sekaligus mengganggu ibadah puasa.

Namun, puasa juga tidak seharusnya menjadi halangan untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Bagi yang merancang untuk menurunkan berat badan ketika bulan puasa, mungkin tips yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini boleh membantu anda.

Menerusi sebuah video, Idris Doosi berkongsi enam tips untuk menurunkan berat badan secara sihat.

Menurutnya, kita perlulah memakan makanan berkhasiat dalam kuantiti kecil kerana makan secara berlebihan boleh menyebabkan badan berasa cepat lesu dan letih.

BACA: Dari 89kg ke 57kg , Wanita Kongsi Amalan Diet Sihat, Kini Tampil Lebih Bergaya

Tips kedua pula adalah dengan memakan protein yang cukup dan disebabkan itu anda perlu memakan pelbagai jenis hidangan.

Hal ini kerana, agak mustahil untuk mendapatkan protein yang cukup dalam satu hidangan sahaja.

Seterusnya anda boleh melakukan Calorie Defisit dengan memastikan agar tidak membuat kesilapan dengan menurunkan berat badan terlalu banyak semasa bulan yang mulia itu.

Berat badan anda mungkin akan naik semula dengan pantas dan kehilangan banyak otot jika melakukannya.

Selain itu, tubuh badan juga perlu kekal hidrat ketika bulan puasa dengan meminum air kosong yang banyak.

“Walaupun saya suka minuman berkalori tetapi saya akan menggelakkannya semasa Ramadan,” kata Idris.

Dalam pada itu, jika anda merancang untuk bersenam semasa bulan ramadan, anda perlu memilih latihan atau senaman yang sesuai.

Jika suka mengangkat berat, lakukannya selepas anda berbuka puasa agar badan anda mempunyai tenaga yang mencukupi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan aktiviti yang berintensiti rendah.

Kalau tidak keberatan, cuba untuk dapatkan 10,000 langkah sehari kerana ia bagus untuk menghilangkan lemak dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

Untuk mendengar dengan lebih jelas mengenai tips-tips tersebut, jom tonton video di bawah ini.

@doosifit

Full Ramadan weight loss guide #fyp #ramadan #muslim #fatloss #weightloss

♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Sumber: Idris Doosi

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.