Harga runcit bagi petroleum jenis RON97 dilapor turun sebanyak 17 sen hari ini, menjadikan harga terkini berjumlah RM3.83 seliter.
Dalam pada itu, harga runcit bagi petroleum jenis RON95 pula masih kekal pada harga terdahulu iaitu RM2.05 seliter.
Manakala harga runcit bagi diesel juga dilapor tiada perubahan dan kekal pada harga terdahulu iaitu RMRM2.15 seliter.
Makluman harga runcit produk petroleum terkini tersebut diumum Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, menurut MOF, senarai harga terkini produk petroleum tersebut adalah bagi tempoh 24 Mac hari ini sehingga 30 Mac depan.
Sebelum ini, harga runcit bagi petroleum jenis RON97 meningkat sebanyak 25 sen berbanding harga terdahulu.
Harga runcitnya ketika itu adalah sebanyak RM4.00 seliter.
Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 24 Mac 2022 Hingga 30 Mac 2022. pic.twitter.com/ipFrYRiX8c
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) March 23, 2022
Sumber: MOF