Siakap Keli
guna akaun simpanan sebagai akaun bisnes
Kredit: First State Bank

Tiga Masalah Utama Berlaku Kalau Guna Akaun Simpanan Sebagai Akaun Bisnes

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Akaun simpanan peribadi digunakan sebagai tempat menyimpan wang hasil niaga. Peniaga tidak membuka satu akaun khas untuk perniagaan. Adakah perkara ini normal atau berisiko?

Ketika ini kita dapat lihat dunia membangun dengan sangat pesat. Bidang perniagaan kini semakin mendapat tempat dan merupakan pilihan yang terbaik bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Dapat kita lihat pada hari ini, banyak perniagaan-perniagaan yang semakin maju tidak mengira kaum, bangsa mahupun agama. Banyak jenis perniagaan yang dihasilkan termasuklah makanan dan pakaian.

Menyentuh tentang perniagaan, antara keperluan yang perlu ada dalam sistem adalah akaun perniagaan. Ia berfungsi sebagai medium aliran tunai aktiviti perniagaan tersebut.

Namun tidak dinafikan, terdapat segelintir peniaga mahupun usahawan yang tidak mempunyai akaun perniagaan khas, sebaliknya masih menggunakan akaun simpanan peribadi sebab tempat ‘simpan’ wang niaga.

Menurut pandangan penasihat kewangan, Saifullah Suratmin (gambar), sebenarnya cara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Hal ini demikian kerana akaun simpanan dikatakan tidak diterima sebagai bukti transaksi bisnes.

Justeru dalam perkongsian kali ini, Saifullah kongsikan tiga sebab kenapa para peniaga perlu meghindari daripada menggunakan akaun simpanan sebagai akaun yang sama untuk transaksi perniagaan.

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah, semoga bermanfaat.

Akaun simpanan tidak diterima sebagai bukti transaksi business

Kebanyakan orang mempunyai akaun simpanan di bank. Tidak dinafikan ada bank yang punyai prosedur yang ketat untuk membuka akaun bank untuk bisnes.

Jadi tidak hairan mengapa ramai orang yang sudah ada SSM memilih untuk tidak buka akaun Bank.

Selain dari itu, ada juga cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa kalau ada akaun bank baru LHDN akan cari kalau buat bisnes.

Ini semua tidak betul kerana ada atau tidak akaun bank itu LHDN tetap akan cari kalau tidak lapor pendapatan.

Ini 3 masalah utama kalau guna akaun simpanan sebagai akaun bisnes:

1. Sukar membezakan transaksi

Apabila nak buat akaun, kita sukar nak bezakan ini transaksi untuk bisnes atau bukan untuk bisnes. Jadinya, nak buat akaun nanti boleh jadi kurang tepat. Lebih-lebih lagi kalau tidak ada simpan kira. Rekod transaksi akan bergantung dengan apa yang tertulis dipenyata Bank.

2. Had pengeluaran dan transaksi

Jika kita gunakan akaun semasa, kita boleh buat transaksi perbankan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan.

Selain susah nak keluarkan duit, nak masukkan duit juga amat sudah. Sebabnya bank itu akan bertanya duit ini datang dari mana.

Jika kita masukkan duit lebih dari RM10,000 bank wajib berikan borang deklarasi untuk menyatakan wang ini dari mana. Sangat susah untuk berurus niaga.

3. Tidak boleh buat loan guna akaun simpanan

Majoriti bank tidak mengiktiraf kita buat bisnes jika kita guna akaun bank simpanan. Kalau guna fasiliti bank pun kita tidak tahu, macam mana bank nak percaya untuk beri loan kepada kita.

Buka sahaja akaun semasa, urusan kita lebih mudah.

BACA JUGA: Kedai Makan Mesti Berani Melabur Dalam Teknologi & Inovasi – Penasihat Kewangan

Sumber: Saifullah Suratmin

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.