Siakap Keli
gempa bumi sederhana landa taiwan
Sumber: MetMalaysia

Gempa Bumi Sederhana Landa Taiwan Sebentar Tadi

Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Taiwan pada pukul 8:38 pagi, 24 Mac 2022, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher tersebut terletak di 23.5° Utara dan 121.4° Timur.

Difahamkan, ia berlaku pada jarak 80kilometer Tenggara dari Fengshan, Taiwan dengan berkedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Awal pagi tadi, Taiwan turut dilaporkan digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Ritcher  pada pukul 1:41 pagi.

Baca: Gempa Bumi Kuat Gegar Taiwan Sebentar Tadi

Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di 23.4 darjah utara dan 121.7 darjah timur dengan kedalaman 64 kilometer.

Difahamkan, pusat gempa bumi itu berada di 118 kilometer timur dari wilayah Chiayi, Taiwan.

Bagaimanapun jelas MetMalaysia, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan