Siakap Keli
kes baharu covid-19
Gambar via Bernama

Kes Baharu COVID-19 Catat Peningkatan, 99 Peratus Daripadanya Adalah Kategori 1 & 2

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman rasmi Twitter memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 22,491 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam (23 Mac 2022).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini bertambah kepada 3, 771, 463 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 22, 109 kes tempatan manakala 382 kes lagi adalah kes import.

Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 332 kes manakala 189 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Baca: Khairy Akan Adakan Sidang Media Petang Ini

Memetik kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia, pecahan kes adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 10,601 kes (47.14%);
  • Kategori 2: 11,725 kes (52.13%);
  • Kategori 3: 71 kes (0.31%);
  • Kategori 4: 44 kes (0.20%); dan
  • Kategori 5: 50 kes (0.22%).

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media dijangka pada pukul 5.00 petang, hari ini.

Bagaimanapun, perkara yang akan diumumkan di dalam sidang media itu tidak didedahkan.

Orang ramai boleh menyaksikan sidang media itu secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, Khairy telah memaklumkan mengenai fasa peralihan Malaysia ke endemik dalam sidang media pada dua minggu lalu.

Menerusi sidang media itu, beliau telah mengumumkan beberapa perkara termasuk peningkatan penggunaan katil untuk pesakit kanak-kanak bawah 12 tahun yang ketara dari Januari hingga hujung Februari.

Pada masa yang sama, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad Pediatric Intensive Care Unit (PICU) meningkat sebanyak 94 peratus untuk semua kategori 3 hingga 5.

“Jadi mesej yang mudah untuk ibu bapa adalah bawa anak-anak untuk PICKids,” katanya.

Selain itu, Khairy juga mengingatkan kepada orang ramai untuk membuka MySejahtera Trace jika berada di kawasan yang sesak.

Ia bagi membantu mendapatkan notifikasi sekiranya seseorang kontak rapat kepada kes positif.

“Seperti mana kita diwajibkan untuk melakukan check-in, maka untuk kawasan-kawasan yang sesak, contohnya di restoran dan pusat beli-belah diwajibkan untuk mengaktifkan MySejahtera Trace.

“Pelaksanaan dan penguatkuasaannya lebih kepada pemerkasaan komuniti, kita wajibkan tetapi ianya terserah kepada anda,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aireena Marizan