Siakap Keli
pembaziran makanan

Macam Tiada Kaitan, Sebenarnya Pembaziran Makanan Boleh Jadi Punca Perubahan Iklim

Mungkin ramai yang tak sedar, pembaziran makanan juga sebenarnya boleh mempengaruhi perubahan iklim yang kadang-kala ekstrem yang kerap berlaku ketika ini. Kedengarannya mungkin tiada kaitan dan tak logik, namun fakta ini diulas secara panjang lebar oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Lim Ze Hui dalam program bual bicara terbitan SK TV sebentar tadi.

Ujar beliau ketika membincangkan topik ‘Perubahan Cuaca Ekstrem’, apabila pembaziran makanan berlaku, maka jumlah penggunaan tenaga elektrik yang perlu diguna pakai untuk menguruskan sampah-sampah berkenaan.

Tenaga elektrik akan terbazir

Katanya, untuk mengawal perubahan iklim secara ekstrem adalah dengan mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida ke udara. Antara langkah yang boleh diambil bagi adalah seperti mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan termasuklah mengurangkan pembaziran makanan.

“Dalam hal ini, kita perlu memulakan penjimatan dari segi makanan dan tenaga elektrik dari rumah.”

“Apabila kita megurangkan pembaziran tenaga elektrik, jadi dapat mengurangkan penggunaan sumber petroleum. Justeru itu, masyarakat perlu mengguna tenaga elektrik secara berhemah,” katanya lagi.

Seperti yang kita sedia maklum, tenaga elektrik hari ini secara umumnya dihasilkan melalui pembakaran bahan api fosil, gas asli dan juga arang selain hidroelektrik. Kecuali hidroelektrik, penghasilan elektrik melalui pembakaran bahan api fosil, gas asli dan arang akan membebaskan asap yang mencemarkan udara.

Menyentuh tentang penggunaan tenaga elektrik, beliau berpendapat hari ini terdapat banyak perkakasan elektrik yang menawarkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Maka, setiap isi rumah harus mengutamakan pemilihan peralatan elektrik mesra alam ini untuk mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.

Biarpun keputusan yang dibuat hari ini tidak menjamin keputusan dapat diraih pada hari esok. Namun ujar beliau, sekurang-kurangnya usaha yang diambil oleh generasi hari ini untuk memelihara alam akan memberi manfaat untuk jangka masa panjang.

Maka, dengan itu masyarakat harus bertindak dari sekarang.

Ikuti penjelasan tentang “Perubahan Cuaca Ekstrem” di bawah.

https://www.facebook.com/siakapkelitv/videos/655214872450371

BACA: Fenomena ‘Salji’ Turun Di Gunung Kinabalu Adalah Normal, Ini Penjelasannya

Sumber: SKTV

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.