Siakap Keli

Pintu Kereta Diubah Suai Seakan Lamborghini Jadi Perhatian Ramai

Sebuah video merakamkan pintu kereta yang diubah suai menjadi seakan-akan pintu Lamborghini, menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di akauan Instagram @jakarta.keras pada Selasa, kelihatan sebuah kereta berwarna hijau yang diparkir di tepi jalan raya yang agak sibuk.

Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan seorang lelaki membuka pintu kereta itu dari dalam kenderaan.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai apabila pintu itu tidak terbuka ke tepi seperti kereta biasa tetapi terbuka ke atas seakan-akan pintu Lamborghini.

Kredit: HitsSuara

Tetapi, ketika lelaki tersebut cuba menutup semula pintu kereta tersebut, dia dilihat mengalami sedikit kesukaran.

Pintu yang diubah suai itu kelihatan agak menyusahkan dan perlu ditutup dengan berhati-hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagi reaksi. Ada yang berpendapat bahawa tindakan mengubah suai pintu itu hanya menyusahkan pemilik untuk membuka dan menutupnya.

Kredit: Instagram jakarta.keras
Kredit: Instagram jakarta.keras
Kredit: Instagram jakarta.keras

Sumber: HitsSuara dan Instagram @jakarta.keras

Akhmar Ikmal