Siakap Keli
resipi susu kurma
Gambar Facebook Ummu Ashraf

Resipi Mudah Susu Kurma Ketika Sahur, Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Hanya beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Pasti semuanya ingin kekal sihat dan bertenaga menjalani aktiviti seharian di sepanjang berpuasa, bukan?

Bulan Ramadan merupakan bulan bagi umat Islam untuk mengumpulkan sebanyak mungkin ibadah. Setiap amalan yang dilakukan akan digandakan pahala berlipat kali ganda.

Pasti ramai yang berebut-rebut memperbanyakkan ibadah seperti solat, membaca Al-Quran dan amalan sunat yang lain. Oleh itu, mereka pasti memerlukan minuman yang berkhasiat dan bernutrien tinggi.

Umumnya kita akan mendahului sesi berbuka puasa dengan beberapa biji kurma dan juga air. Kurma juga sangat sinonim dengan waktu berbuka puasa, sebagai juadah utama yang diamalkan dalam sunnah Nabi Muhammad SAW.

Namun tahukah anda, kurma juga boleh dimanfaatkan sepenuhnya ketika waktu sahur? Ia bukan sahaja boleh dimakan begitu saja, malah turut boleh dijadikan minuman yang sangat lazat lagi berkhasiat.

Tidak lain tidak bukan, hidangan sahur tersebut ialah minuman susu kurma. Minuman susu kurma ini dipercayai mampu membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi untuk tubuh badan kita.

Justeru, jika ingin mengetahui cara-cara membuat susu kurma, anda boleh ikuti resipi susu kurma versi homemade seperti yang dikongsikan oleh Ummu Ashraf dalam Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Susu Kurma Homemade

Kami jarang beli susu kurma yang dah siap, sebab tak susah pun membuatnya untuk bersahur. Jika ada yang susah makan waktu sahur, bolehlah minum smoothie ini dan lepas tu minum air (sebab smoothie ni manis sikit dari kurma dan pisang tu).

Resepi untuk setiap cawan (1 orang)

Lepas berbuka, rendam dalam air suam 3 biji kurma yang sudah dibuang biji dan dibasuh bersih.

Waktu sahur blend kurma dan air rendamannya dengan 1 biji pisang dan susu almond tanpa gula. Kalau mahu, boleh juga masukkan sedikit oat yang sudah dimasak / rendam.

Buat tiap pagi, inshaAllah lebih sedap dan berkhasiat.

Banyak khasiat serat dan bahan mineral seperti magnesium dan potassium dari kurma dan pisang. Susu almond pula untuk protein yang bantu mengenyangkan. Kalau takde susu almond, susu biasa pun boleh, InshaAllah

Gambar via Facebook Ummu Ashraf

Sumber: Facebook Ummu Ashraf

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.