Siakap Keli
vaksin moderna
Gambar NST via Google

Vaksin Moderna Terhadap Kanak-Kanak Tunjuk Kesan Positif

Vaksin Moderna yang digunakan terhadap kanak-kanak menunjukkan kesan positif dan sama seperti orang dewasa, lapor CNN.

Menurut CNN, keputusan sementara penggunaan vaksin untuk kanak-kanak bawah enam tahun itu diumumkan Moderna hari ini.

Difahamkan, suntikan vaksin untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun diselaraskan sebanyak dua dos bersamaan 25 mikrogram.

Jelas Moderna, tindak balas imunisasi yang ditunjukkan adalah sama dengan suntikan vaksin dewasa berusia 18 hingga 25 tahun iaitu 100 mikrogram untuk dua dos.

Hasil menunjukkan manfaat perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah sama dengan golongan dewasa.

Malah ia turut menunjukkan tindak balas antibodi neutral yang teguh serta profil keselamatan yang menggalakkan.

Bagi kanak-kanak, dua dos suntikan vaksin tersebut diberikan selang 28 hari.

Gambar NST via Google

Difahamkan, Moderna akan meminta Pentadbiran Makanan & Ubatan (FDA) US untuk membenarkan penggunaan vaksin tersebut bagi kumpulan umur yang lebih muda dalam beberapa minggu akan datang.

Perkara itu diperakui oleh ketua pegawai eksekutifnya, Stephane Bancel seperti yang dilapor CNN hari ini.

“Memandangkan keperluan untuk vaksin terhadap COVID-19 pada bayi dan kanak-kanak kecil, kami bekerjasama dengan FDA US dan pengawal selia di seluruh dunia untuk menyerahkan data ini secepat mungkin.

“Kami percaya keputusan terkini ini adalah berita baik kepada ibu bapa kanak-kanak di bawah umur enam tahun,” katanya lagi.

Difahamkan, kedatangan varian Omicron membuatkan vaksin itu menjadi tidak begitu berkesan untuk mencegah COVID-19 yang mendominasi US semasa kajian.

Menurut laporan, tahap keberkesanan vaksin bagi kanak-kanak berumur enam hingga satu tahun hanyalah 43.7 peratus, manakala kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun pula sebanyak 37.5 peratus.

Moderna menjelaskan, kadar keberkesanan yang lebih rendah masih ketara dan konsisten dengan cara golongan dewasa yang divaksinasi menerima varian itu.

Sementara itu, data berdasarkan 6,900 kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun menunjukkan majoriti tindak balas buruk mereka adalah ringan dan sederhana.

Dalam masa sama, tiada kes kematian serta keradangan otot jantung serta lapisan jantung yang dilaporkan.

Umum Moderna, penyerahan kebenaran penggunaan vaksin tersebut untuk kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun telah dilakukan.

Jelasnya, kanak-kanak bagi lingkungan usia tersebut akan mendapat dua suntikan versi 50 mikrogram vaksin yang lebih besar.

Sumber: CNN News

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.