Siakap Keli
Gambar: Mothership.sg

Wanita Kuarantin Di Restoran China, Makan Hotpot Percuma Selama 3 Hari

Seorang wanita di China dilapor terperangkap di dalam sebuah restoran akibat perlu menjalani kuarantin secara serta-merta. Nasib yang awalnya dilihat malang itu bagaimanapun bertukar menjadi tuah apabila dia dibenarkan menikmati makanan hotspot secara percuma selama 3 hari berturut-turut.

Wanita yang bernama Wang itu terperangkap di dalam sebuah restoran hotpot yang terdapat di Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan di kawasan timur tengah China. Restoran tersebut dikatakan terpaksa menutup operasi perniagaan mereka secara tiba-tiba selepas salah seorang pelanggan yang datang sebelum itu telah disahkan positif virus COVID-19.

China telah menggunakan pendekatan polisi kosong-Covid dalam usaha melawan pandemik yang telah terjadi sejak dua tahun lepas. Mana-mana premis, tempat mahupun acara yang sedang berlangsung akan diarahkan untuk menutup operasi dengan segera sekiranya dikunjungi individu positif.

Langkah ini dilihat sebagai salah satu ikhtiar ekstrem pihak berkuasa negara itu untuk mengelak daripada wujudnya kluster baharu dan mengekang virus berkenaan daripada tersebar dengan meluas.

Seminit Sebelum Keluar

Mengikut rekod, Wang pergi ke restoran berkenaan untuk menikmati makan malam bersama empat lagi rakannya yang lain sekitar jam 10.30 pm, kira-kira 12 jam selepas individu yang didapati positif tersebut datang.

Tiga orang kawannya telah meninggalkan restoran tersebut sekitar jam 11.20 pm, sementara Wang masih lagi berada di restoran tersebut bersama seorang lagi kawannya untuk berborak kerana sudah lama tidak berjumpa.

Namun ketika dia ingin bergerak keluar, mereka mendapati yang restoran tersebut telah ditutup.

Pihak Restoran Menjaga Kebajikan Pelanggan Yang Kuarantin Dengan Sangat Baik

Akibat daripada itu, Wang bersama 30-40 orang pelanggan lain mendapati bahawa mereka terpaksa menjalani perintah kuarantin di dalam restoran berkenaan.

Bagaimanapun, pihak restoran telah melaksanakan tanggungjawab melanggan pelayan mereka dengan baik. Seramai 10 hingga 20 orang pekerja diarah bertugas secara bergilir-gilir untuk menyediakan makanan kepada mereka semua yang menjalani kuarantin di dalam restoran berkenaan.

Pekerja restoran akan menyediakan mi kepada para pelanggan sekitar jam 3 pagi untuk makan lewat malam, menghidangkan makanan bertumis untuk sarapan pagi, dan menyediakan makanan percuma untuk makan tengah hari.

Namun begitu, menurut Wang selepas 3 hari, dia sudah tidak sanggup lagi untuk makan makanan yang sama dan menganggap ini adalah pengalaman paling ektrem pernah dilaluinya.

Sumber: Mothership.sg

Zahirah