Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Anak Dilema, Ibu Bapa Suruh Buat ‘Loan’ RM50 Ribu Tanda Balas Jasa

Sebagai seorang anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berbakti kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan dari kecil hingga dewasa.

Namun, ada juga segelintir ibu bapa yang mengharapkan lebih dari anak-anak, terutamanya bantuan kewangan sehingga melebihi batas kemampuan mereka.

Perkara yang sama turut dihadapi individu ini di mana ibu bapanya seperti mewajibkan setiap anak untuk membuat pinjaman yang bukan sedikit jumlahnya sebagai tanda membalas jasa.

Baginya yang baru sahaja bekerja dengan pendapatan yang tidak seberapa, permintaan ini tidak mampu dia turuti, tambahan pula dalam keadaan sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen lain.

Menerusi hantaran di laman Twitter Fedtri Yahya, individu tersebut tampil berkongsi cerita di samping meminta pendapat warganet.

Ibu bapa suruh anak buat ‘loan’ RM50 ribu, tanda balas jasa

Salam Tuan. Saya ada persoalan dan sedikit luahan.

Bagi orang lain, hari gaji adalah hari yang dinantikan, tapi sebaliknya bagi saya.

Setiap bulan, hari gaji mesti akan jadi isu. Ibu bapa saya seolah-olah mewajibkan setiap anak buat loan (pinjaman) RM50 ribu untuk balas jasa mereka.

Kakak dan abang saya dah buat RM50 ribu seorang, jadi mereka nak saya juga buat loan sedangkan saya tak mampu nak komitmen tinggi.

Sebab bila kira gaji saya tolak komitmen semua tinggal lebih kurang RM35 sahaja, belum campur sakit demam.

Tapi jujur saya tak mampu kerana saya pun masih ada hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tenaga Nasional) dan sekarang sudah berkeluarga, komitmen kereta dan sara hidup di kota sangat tinggi.

Namun ibu bapa seolah-olah tak dapat terima dan menganggap saya tak kenang budi.

Ada satu tahap ibu cakap saya tak dapat anak sebab saya bagi duit bulanan RM200 atau RM300 sahaja sebulan.

Apa perlu saya buat? Untuk pengetahuan, saya masih lagi baru kerja, bantu saya.

“Jangan buat walau apa pun jadi”

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata turut bersimpati dengan nasib individu berkenaan. Tak kurang juga yang memberi saranan dan berkongsi pengalaman sama.

ibu bapa loan rm50 ribu

ibu bapa loan rm50 ribu

ibu bapa loan rm50 ribu

ibu bapa loan rm50 ribu

Sumber: Twitter Fedtri Yahya

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.