Penduduk di beberapa kawasan di ibu negara dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Jumaat. Fenomena berkenaan pantas menjadi viral apabila orang ramai yang merakam kejadian hujan batu tersebut memuat naik rakaman berkenaan ke media sosial.
Berdasarkan tinjauan Bernama mendapati hujan batu melanda kawasan Jalan U-Thant, Kuala Lumpur sekitar jam 5.30 petang hari ini.
Difahamkan, menerusi satu video yang dikongsikan Bernama dan orang ramai, fenomena hujan batu turun itu turut bersertakan angin kencang.
Tinjauan Bernama mendapati hujan batu melanda di kawasan Jalan U-Thant, Kuala Lumpur, petang ini.
📹 Syed Iylia / BERNAMA pic.twitter.com/ianYVsY8yR
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 25, 2022
Hujan batu di Kuala Lumpur. Video di Bukit Bintang. Tapi mula-mula saja hujan batu, bila hujan dah mula lebat, dah tak ada batu lagi. Cair dah kot.
Hujan batu di Kuala Lumpur. Video di bukit bintang. Tapi mula-mula saja hujan batu, bila hujan dah mula lebat, dah takde batu lagi. Cair dah kot haha.
P/s: abaikan suara excited aku. Lama tak nampak ais dari langit 😂 pic.twitter.com/scrxksqnfW
— syid (@sorarasyido) March 25, 2022
“Keramat tadi ada hujan batu”
Keramat tadi ada hujan batu.
Sumber: hamdan fadzillah https://t.co/TwVslbrBoP pic.twitter.com/AjHEcPDlxw
— ғᴀᴅᴅ (@OfficialFadd) March 25, 2022
Ada juga yang berkongsi pengalaman pertama kali bertemu dengan fenomena berkenaan.
Hujan batu di negeri sendiri gitu pic.twitter.com/xka0PPTzHt
— timmy stan (@TheAmirulHakimi) March 25, 2022
Seram ya drive dlm hujan batu mcm kena tembak kereta 😭😭 Takut bocor je bumbung kereta 😫 Ribut kuat betul take care semuaaaaa pic.twitter.com/AvxTnj1Ks2
— Chigwa ◡̈ (@imaaanajmi) March 25, 2022
Orang ramai yang berada dikawasan tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati terutama sekali ketika menggunakan jalan raya.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai fenomena hujan batu yang melanda ibu negara sebentar tadi melainkan perkongsian-perkongsian yang dibuat oleh orang awam melalui pelbagai platform media sosial.
Bagaimanapun, fenomena ini bukanlah asing bagi Malaysia. Sebelum ini, turut tular di media sosial mengenai kejadian yang sama, cuma ia berlaku di beberapa negeri yang lain.
Sumber: Bernama, Twitter