Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang murid yang dikatakan disisihkan oleh rakan sekelas gara-gara tidak memakai beg berjenama ‘Smiggle’. Umum mengetahui, beg jenama ini memang menjadi kegemaran anak-anak untuk dibawa ke sekolah, namun tidak semua dapat memilikinya kerana harganya yang boleh disifatkan agak ‘kayangan’.
Dalam pada itu, seorang wanita yang tinggal di Jepun turut berkongsi pendapatnya mengenai kisah itu dan membandingkan situasi ini dengan murid-murid di Jepun.
Menurut Zunita, budak-budak Di Jepun ini mempunyai satu beg ‘kegemaran’ di mana dari pelajar sekolah rendah hingga universiti pasti ramai yang menggunakannya. Harga beg ini jauh lebih mahal dengan beg sekolah berjenama di Malaysia.
Kecoh pulak pasal beg Smiggle harini, jadi saya ‘up’ baliklah post ni.
“Secara purata harga dia RM2,000 sebuah tapi kalau jenis premium boleh cecah sampai RM6,000.”

“Kalau perasan budak-budak Jepun ini mereka punya beg sekolah nampak sama sahaja. Jangan main-main ya, beg ni secara purata harga dia RM2000 sebuah tapi kalau jenis premium boleh cecah sampai RM6000.
Beg ni nama dia “Randoseru,” tulisnya di laman Facebooknya.
Katanya, beg randoseru mula digunakan di Jepun sekitar tahun 1887. Puncanya, dua tahun sebelum tu, kerajaan Jepun menguatkuasakan undang-undang melarang ibu bapa menghantar anak ke sekolah. Jadi, para pelajar perlu berjalan kaki dengan bawa barang keperluan sendiri dalam beg.
Jadi beg yang selesa amat penting.

Dengan reka bentuk yang teliti, beg Randoseru ini direka khas untuk tidak membebankan tulang belakang pemikul, sebaliknya berat ini dikurangkan dengan adanya kusyen tebal dibahagian belakang Randoseru.
Randoseru premium biasanya diperbuat dari kulit dan mempunyai jaminan kualiti. Sebab tu harga dia boleh cecah ribu-ribu, walaupun jenis biasa. Cuma nak lebih murah tu ada je dan biasanya buatan China lah. Tapi kalau murah sangat ini, faham-fahamlah kualiti dia kan.
“Randoseru dijual semula sebagai item second hand lepas 6 tahun pakai tau.”

Beg randoseru ini amat memudahkan kerana ianya juga sangat tahan lasak. Jadi tak hairanlah kalau beg ni boleh digunakan sehingga 6 tahun, atau lebih. Ada juga beg randoseru dijual semula sebagai item second hand lepas 6 tahun pakai tau. Dah macam beg LV pulak kan.
“Tapi sikap orang Jepun ni dia tak nak lain dari yang lain. “
Sebenarnya tak ada pun undang-undang Jepun yang mewajibkan pakai randoseru ni ke sekolah, boleh je pakai beg biasa. Tapi sikap orang Jepun ni dia tak nak lain dari yang lain. Walaupun ada yang tak mampu nak beli, ada program kumpul beg randoseru second hand & derma pada yang kurang berkemampuan.
Memang terkejut apabila mendengar harga beg kayangan versi Jepun ini. Tetapi, apa pun terpulang kepada ibu bapa masing-masing, sekiranya berkemampuan tak salah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah membeli beg sekolah yang harganya mencecah dua tiga ratus.
Sumber: Zunita Ramli