Siakap Keli
punca kematian beam
Gambar: Mashable SEA & Coconuts

Kematian Pelakon Netflix Thailand Beam Mungkin Berpunca Dari SUDS

BANGKOK, 25 Mac (Bernama) — Kematian pelakon Thailand, Papangkorn Lerkchaleampote, 25, atau lebih dikenali sebagai Beam mungkin berpunca daripada sindrom kematian mengejut yang tidak dapat dijelaskan (SUDS).

Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Jeneral Samran Nuanma berkata pelakon itu bermain bola sepak dari lapan hingga sepuluh malam, kemudian pulang ke rumah pada 11.30 malam Selasa.

Beliau ditemukan meninggal dunia pada hari berikutnya, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Laporan awal oleh doktor menyatakan kematian pelakon itu berpunca daripada SUDS yang banyak berlaku dalam kalangan rakyat Asia terutama golongan muda.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dijangka diperoleh dalam tempoh tiga minggu.

Beam telah membintangi beberapa siri Netflix Thailand.

Sumber: Bernama

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.