Hotel Hard Rock antara hotel yang terkenal dengan keselesaan dan pelbagai fasiliti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung.
Setakat ini di Malaysia, terdapat dua buah cawangan Hotel Hard Rock iaitu di Batu Ferringhi Pulau Pinang dan di Desaru Coast, Johor.
Bagi mereka yang berkeluarga, hotel ini seringkali menjadi pilihan kerana terdapat pelbagai kemudahan baik untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Bagi mereka yang berniat untuk menginap di Hotel Hard Rock, review penginapan 46 malam yang dikongsikan pengguna Facebook Adnan Aziz melalui grup Hotel Review Malaysia ini mungkin dapat membantu. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Hotel Hard Rock Pulau Pinang
Daftar masuk 20 Disember 2021, daftar keluar 4 Februari 2022, keseluruhan 46 malam.

Bilik Seaview Studio Suite dengan tub mandi kira-kira RM880 semalam. Bilik King Suite dengan kolam renang persendirian kira-kira RM4500 semalam. Status penginapan jangka panjang.

Ruang rehat Rock Royalty akses tingkat enam untuk sarapan, minum tengah hari, koktel dan mocktail pada waktu petang, kaunter daftar masuk dan keluar serta fasiliti VIP.

Percuma parkir khas VIP RM20 semalam, percuma katil khas RM150 semalam .
Sempat melihat suasana Hari Natal, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina. Suka melihat gelagat tetamu tempatan.
Hotel yang sangat ceria dan sangat patuh SOP (Prosedur Operasi Standard. Ruang umum, kolam renang serta lobi sentiasa disanitasi.
Beg tetamu disanitasi waktu ketibaan. Tuala dibungkus dengan plastik. Kutleri dibungkus dengan rapi.
Siap ada makan malam romantik
Bilik suite yang sangat memuaskan. Makanan di hotel okay-okay saja. Sarapan dan servis di ruang rehat Rock Royalty sedap.
Bufet sarapan di Starz Diner (bukan servis layan diri) lebih banyak pilihan tetapi orang kadang tersangat ramai. Waktu yang terbaik untuk sarapan di Starz Diner dari pukul 6.30 hingga 8 pagi.
Kolam renang dibuka dari 7 pagi hingga 9 malam. Lepas 9 malam dah tabur klorin. Taman tema air bermula pukul 9 pagi.

Ada enam cabana. RM60 sehari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Dapat dua air botol dan fruit platter.

Cabana nombor satu dan dua boleh akses kolam renang. Cabana tiga dan empat dapat pemandangan laut. Lima dan enam agak privasi. Malam-malam ada makan malam romantik RM350 setiap pasangan di cabana.
Roxity Kids Club had enam orang dalam satu masa. Lil Infants masih tutup. Restoran Pizzeria masih tutup.
TABU Teens Club had enam orang dalam satu-satu masa, dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Ada dua meja pool, PS4. Boleh juga pinjam gitar elektrik dan fon kepala, dihantar ke bilik dan ianya percuma selagi menginap di hotel.
Staf dan kru peramah, siap jemput ke kenduri kahwin
Menurut Adnan, staf dan kru di Hard Rock semuanya ramah-ramah belaka dan dilayan seperti ahli keluarga sendiri. Malah mereka turut menjemput Adnan sekeluarga ke majlis perkahwinan salah seorang daripada mereka.
Kalau nak makan malam di Hard Rock Cafe (HRC), eloklah buat tempahan sebab sentiasa penuh. Makan tengah hari okay kecuali hujung minggu ya.

Jumaat dan Sabtu malam ada live band di HRC dan kawasan lobi tapi band itu biasa-biasa saja.
Parkir agak susah. Peak. Disarankan tempah awal parkir VIP. Terhad. Parkir lot depan lobi masuk agar senang nak keluar masuk. RM20 sehari.
Kalau parkir sudah penuh kenalah parkir di kawasan parkir satu lagi iaitu kira-kira 600 meter dari hotel. Shuttle disediakan.
Staf, kru semua ramah dan terbaik. Mereka memang peramah, baik front office, pengawal kolam renang, jurubersih, pelayan bar, rock agent crew, housekeeping dan lain-lain sangat ceria dan terbaik.
Sepanjang kami di sini ada saja staf dan kru bawa kami keluar makan nasi kandar dan jalan-jalan di luar waktu jadual kerja mereka.
Anak saya selalu diajak keluar oleh staf atau kru pergi makan, pusat membeli-belah, kafe dan jalan-jalan.

Ada yang belikan kami makanan sedap-sedap. Ada yang masakkan makanan dari rumah untuk kami sekeluarga dan ada juga yang jemput kami ke kenduri kahwin. Sudah macam keluarga sendiri.
Kami sempat ambil dos penggalak AZ (AstraZaneca) di Tapak Pesta Pulau Pinang hasil aturan dari salah seorang staf. Anak dan cucu sayalah yang paling gembira dilayan oleh kakak-kakak dan abang-abang kru atau staf yang terbaik. Buat TikTok pun sama-sama.
Hampir 50 hari menginap
Oleh kerana Adnan sekeluarga merupakan warga tempatan paling lama pernah menginap di sana, mereka turut diraikan pihak hotel dalam satu majlis ringkas.
Sungguh sedih bila sampai waktu nak berpisah. Kami buat daftar keluar lewat sampai pukul 9 malam. Complimentary juga.
Sebelumnya kami diraikan dalam satu majlis ringkas sebagai orang tempatan yang paling lama tinggal di HRH Pulau Pinang iaitu hampir 50 hari.

InsyaAllah cuti sekolah Mac ini nak datang lagi bagi meraikan jemputan salah seorang staf yang akan berkahwin. Secara keseluruhan memang seronok sangat-sangat.
Kru dan staflah yang buat kami tinggal lebih lama disini. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Adnan Aziz via Hotel Review Malaysia