PUTRAJAYA – Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi kedua untuk seluruh negara telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dalam satu kenyataan hari ini.
Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan tarikh untuk Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis peperiksaan SPM 2021 sesi kedua pada 5 April hingga 19 Mei 2022.
Dalam kenyataan tersebut memaklumkan bahawa peperiksaan SPM sesi kedua ini adalah bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada 8 Februari hingga 29 Mac 2022 akibat positif Covid-19 dan terkesan akibat banjir serta kes-kes yang mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan.
“LP ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan dan kertas peperiksaan mulai 1 April,” jelas LP dalam kenyataan tersebut.
Untuk calon yang ingin mengetahui tentang jadual waktu peperiksaan SPM sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh layari pautan http://lp.moe.gov.my.
Pastinya calon serta ibu bapa yang anak-anak mereka tidak dapat menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 akibat COVID-19 atau terkesan dengan bencana banjir ternanti-nanti pemakluman tarikh baharu untuk mereka menduduki peperiksaan tersebut.
(1/3) pic.twitter.com/s9KmJfWTZP
— Radzi Jidin (@RadziJidin) March 26, 2022
Sumber: Radzi Jidin