Satu lapisan ais di Antartika Timur yang dianggarkan hampir sebesar Los Angeles dan New York dilaporkan telah runtuh pada pertengahan bulan Mac, beberapa hari selepas cuaca panas yang luar biasa melanda.
Memetik laporan CNN, lapisan ais yang berukuran 460 batu persegi, yang dikenali sebagai Conger itu telah runtuh pada sekitar 15 Mac lalu.
Suhu dikatakan meningkat kepada -12 darjah celcius ketika lapisan ais tersebut runtuh, iaitu 40 darjah lebih panas daripada biasa.
Tidak terfikir lapisan ais akan runtuh – saintis
“Saya tidak terfikir akan ada keruntuhan lapisan ais seperti ini di Antartika Timur memandangkan kami telah menerima data satelit.
“Conger ialah lapisan ais yang sangat kecil yang telah berkurangan saiznya selama bertahun-tahun dan faktor cuaca ini adalah langkah terakhir yang menyebabkannya runtuh,” kata ahli geofizik marin di British Antarctic Survey, Rob Larter.
Antartika adalah tempat paling sejuk dan paling berais di Bumi, yang menjadikan peristiwa peningkatan suhu baru-baru ini amat membimbangkan ramai saintis.
Complete collapse of East Antarctica's Conger Ice Shelf (~1200 sq. km) ~March 15, seen in combo of #Landsat and #MODIS imagery. Possible it hit its tipping point following the #Antarctic #AtmosphericRiver and heatwave too? #CongerIceShelf #Antarctica @helenafricker @icy_pete https://t.co/7dP5d6isvd pic.twitter.com/1wzmuOwdQn
— Catherine Colello Walker (@CapComCatWalk) March 24, 2022
Sebulan lalu, data menunjukkan Antartika akan mencatat rekod tahap ais laut paling rendah pada tahun ini – kawasan lautan yang diliputi oleh ais laut di sekitar benua itu.
Lapisan ais seperti Conger ialah susulan daripada kepingan ais dan glasier berasaskan darat yang menuju ke lautan.
Ia membantu menghalang kepingan ais tersebut terus memenuhi lautan tanpa henti.
Apabila lapisan ais runtuh, terdapat peningkatan dalam ais yang mengalir dari darat ke lautan yang membawa kepada kenaikan paras laut.
BACA JUGA: Antartika Timur Dilapor Catat Suhu Panas Lebih Tinggi Dari Biasa
Sementara itu, gambar satelit pula menunjukkan kawasan itu telah mengecut dengan cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Daily Mail.
Sehubungan itu, saintis tertanya-tanya sama ada mereka terlalu menilai kestabilan dan rintangan Antartika Timur terhadap pemanasan global yang telah mencairkan ais dengan cepat di bahagian barat yang lebih kecil dan semenanjung yang terdedah.
Di abad yang lalu, Antartika Timur hampir tidak panas sama sekali tetapi beberapa wilayah telah terjejas.
Benua itu kehilangan purata 149 bilion tan ais setahun dari 2002 hingga 2020.
Sebelum ini, Antartika Timur dilaporkan telah mencatatkan suhu panas yang luar biasa sehingga mengejutkan para saintis.
Sumber: CNN, Daily Mail