Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sebuah tandas hanyut dibawa arus sungai bersama seorang lelaki di atasnya, lapor Suara.com.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Martapura, Kalimantan Selatan, Indonesia.
“Tandas hanyut dibawa arus di Sungai Martapura, tepatnya di Desa Tunggul Irang, Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan pada Sabtu,” tulis seorang pengguna Instagram.
Video tersebut dipercayai telah dirakam oleh salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu.
Menerusi video itu, tandas tersebut dilihat terapung dengan membawa timbunan tumbuh-tumbuhan di bawahnya.
Di atas bumbung tandas tersebut, kelihatan seorang lelaki berbaju merah yang dilihat sedang duduk santai walaupun hanyut bersama tandas.
Menurut seorang penduduk berhampiran, tandas terapung itu mungkin dihanyutkan arus kerana dihempap oleh sisa kayu dan tumbuhan di sungai berkenaan.
Penduduk juga tidak mengetahui siapa sosok lelaki yang berada di atas tandas ketika ia dihanyutkan.
Tidak cuma itu, mereka juga tidak mengetahui punca lelaki itu naik ke atas tandas tersebut.
Bagaimanapun, terdapat jambatan gantung di hilir sungai tersebut dan lelaki itu mungkin boleh ‘menyelamatkan dirinya’ di situ.
“Tidak tahu puncanya apa, kemungkinan hanya ‘menumpang’ untuk pergi ke jambatan gantung,” kata seorang penduduk.
Kehadiran sampah di sungai itu dikatakan sering berlaku terutama dalam keadaan banjir pada ketika ini, lapor Apakhabar.com.
Malah, banjir yang berlaku pada Disember 2021 dan Januari lalu juga telah merosakkan jambatan akibat dihempap timbunan buluh dari hulu sungai.
Kejadian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, mereka merasa kasihan dan ada yang terhibur.
Seorang penduduk yang merakam kejadian itu ketawa kerana melihat tandas itu melayang tepat di hadapannya.
Penduduk yang berada di sekeliling turut kedengaran ketawa terbahak-bahak kerana menganggap tandas karam itu sebagai kelakar.
Tambah menghiburkan, lelaki yang berada di atas tandas terapung itu tetap tenang, malah sesekali santai menghulurkan kaki di atas bumbung jamban yang dinaikinya.
View this post on Instagram
BACA JUGA: (Video) Makcik Buat Aksi Berani, Sanggup Dihanyutkan Demi Nak Rakam Ombak Besar
Sumber: Suara.com, Apakhabar.com