Siakap Keli
tertelan syiling
Kredit Gambar: Dr_Shaiful

Doktor Kongsi Kes Budak Tertelan Syiling, Gesa Ibu Bapa Supaya Sentiasa Awasi Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kejadian tertelan syiling dalam kalangan kanak-kanak sering kali dilaporkan berlaku di negara ini. Tambah merisaukan, ia kadang kala berlaku dengan sangat pantas tanpa disedari oleh ibu bapa.

Mungkin kebanyakan kes tersebut berjaya diselamatkan, namun sentiasalah berwaspada kerana ia mungkin boleh membawa maut jika masuk ke dalam saluran yang salah.

Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Telinga Hidung Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam, nyawa kanak-kanak mungkin akan terancam jika syiling itu masuk ke dalam saluran pernafasan.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Dr Shaiful turut berkongsi mengenai satu kes kanak-kanak tertelan syiling yang dikendalikan olehnya.

Menurutnya, ia merupakan syiling terbesar yang pernah dikeluarkan olehnya, berbeza dari pesakit-pesakit sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes tersebut, mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

JIKA SILAP MASUK SALURAN, BOLEH MEMBAWA MAUT!!!

Ini cerita OnCall di malam tadi. Seminggu sebelum menjelang Ramadan.

Ikuti bebenang ini.

tertelan syiling
Kredit Gambar: Dr_Shaiful

“Bos, ada referral dari kecemasan ni, budak 7 tahun tertelan duit syiling” – kata MO saya yang Oncall.

“Bagaimana keadaan pesakit? Ada susah nafas ke? Neck Xray finding dia apa?” – Balasku ringkas.

“Alhamdulillah. Pesakit stable. Xray nampak ada kat esophagus”

Alhamdulillah.

Antara kerisauan utama Pakar ENT jika ada budak tertelan bendasing adalah masuk ke dalam saluran pernafasan, bukan saluran pemakanan (esophagus).

Jika termasuk dalam saluran pernafasan, pesakit boleh mengalami sesak nafas & boleh membawa kematian.

Kredit Gambar: Dr_Shaiful

Untuk pesakit ini, urusan pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersangkut di saluran esophagus dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang serius.

Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dibawah bius penuh (GA).

tertelan syiling
Kredit Gambar: Dr_Shaiful

Alhamdulillah. Duit syiling 50 sen berjaya dikeluarkan.

UNTUK REKOD, INI ADALAH NILAI SYILING TERBESAR BUAT SAYA SELAMA MENGELUARKAN DUIT SYILING PESAKIT SEBELUM-SEBELUM INI.

(Kebanyakan sebelum ini adalah nilai 10 sen dan 20 sen)

tertelan syiling
Kredit Gambar: Dr_Shaiful

Buat Ibu, Bapa atau Penjaga, sentiasalah awasi permainan anak-anak anda

Elakkan memberi mainan kecil kepada anak-anak yang suka masukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Jangan ajar anak-anak bermain magic, hilangkan benda ke dalam mulut.

Elakkan bergurau ketika ada benda di dalam mulut.

Nasihat terakhir, segeralah bawa anak-anak ke hospital jika ternampak tertelan benda-benda yang tidak sepatutnya!!

Dan seandainya anda tidak nampak berlaku, antara gejala awal yang biasa adalah anak-anak muntah dengan tiba-tiba sambil menjolok tangan ke dalam mulut.

Moga bermanfaat untuk semua!

Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.