Siakap Keli
kancil
Gambar Via Bernama

Dua Maut Kancil Rempuh Toyota Hilux

KUANTAN, 27 Mac (Bernama) — Dua rakan maut apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 12 Jalan Chini-Kuantan di Pekan hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata insiden pada 3 petang itu menyaksikan Hasyim Amin, 29, dan Dolah Muhtar, 39, maut di tempat kejadian selepas tersepit dalam kereta.

“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Hasyim dari arah Chini menghala ke Kuantan terbabas ke jalan bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Hilux yang tidak dapat mengelak disebabkan jarak terlalu dekat,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pemandu dan penumpang Toyota Hilux turut cedera dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Chini untuk rawatan.

Mayat kedua-dua mangsa, yang merupakan Orang Asli, dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.