Seorang lelaki dari United Kingdom (UK) mendakwa bahawa dia telah melihat masa lalunya sebagai seorang jurugambar dan penembak semasa Perang Dunia Pertama (WW1), lapor Oddity Central.
Steve Mulligan yang dilahirkan pada tahun 1961 di bandar Manchester, UK juga mendakwa mempunyai memori jelas bahawa dia membesar di Lliandudno, Wales, pada awal abad ke 20.
Dakwanya mengenai memori itu, dia pernah dibesarkan sebagai seseorang yang bernama Sydney Sutcliffe dan meninggal dunia pada usia 24 tahun selepas pesawatnya ditutup di Front Barat semasa WW1.
Selain itu, dia juga sentiasa mempunyai kenangan aneh yang bermain dalam warna ‘hitam’ dan ‘putih’ di fikirannya. Ketika dia melihat ke bawah dari atas, dia seakan langsung tidak dapar memahami maknanya.
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melakukan sesi hipnosis dan mendapati bahawa dia sedang teringatkan kehidupan masa lalunya.
Bagai alami dejavu
“Sewaktu zaman kanak-kanak, saya sangat tertarik pada Llandudno walaupun pada ketika itu saya ke sana sebagai seorang kanak-kanak, namun saya masih ingat bagaimana rasa teruja saya dan ibu ketika untuk ke sana.
“Ketika sedang berjalan-jalan, saya dapat rasa Deja Vu, seolah-olah saya pernah ke situ sebelum ini.
“Sehinggalah seseorang telah mencadangkan untuk melakukan regresi kehidupan lampau dan barulah semua ini terjawab,” jelasnya, lapor Oddity Central.
Memetik Oddity Central, semasa sesi hipnoterapi sedang berlangsung bersama juruterapi, Paul Goddard, 61, dia mendakwa bahawa dirinya telah dapat mengimbau kehidupan masa lalunya.
Difahamkan, ia termasuklah pernah menyertai Fusiliers di Wrexham dan menyertai Royal Flying Corps sebelum bertugas sebagai jurugambar dan penembak dalam WW1.
“Saya juga ingat tentang misi terakhir dalam penerbangan tinjauan udara di atas garisan musuh berhampiran Cambrai, Perancis dan melihat ke bawah sebelum pesawat itu terkena tembakan musuh lalu terhempas.
“Saya masih ingat perasaan itu ketika pesawat itu sedang jatuh dan ia pelik kerana saya tidak mampu untuk mengawalnya.
“Saya dapat rasakan ketika itu nyawa saya seolah-olah mahu hilang tapi tidak ada apa yang boleh dilakukan ketika itu,” jelasnya, lapor Oddity Central.
Dalam pada itu, katanya dia memahami kenapa kebanyakan orang agak ragu-ragu dengan cerita yang disampaikan olehnya.
Namun dia juga turut berpendapat, agak mustahil untuk seseorang yang lain – yang sebenarnya dilahirkan di Llandudno dan tinggal di sana dalam tempoh yang sama dengan hidupnya yang lalu.
“Saya tidak tahu langsung mengenai Llandudno, hanya datang ke sini sebagai seorang kanak-kanak sehinggalah saya melakukan regresi.
“Saya tidak pernah dengar langsung (nama) seseorang yang bernama Sydney Sutcliffe, jadi saya memilih nama tersebut daripada berjuta-juta nama yang lain serta menjadi salah seorang yang pernah tinggal di Llandudno.
“Ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa,” katanya lagi.
‘Nama sendiri’ tertera di tugu peringatan tentera WW1
Baru-baru ini, Steve telah datang melawat ke sebuah tugu peringatan di Llandudno, namun dia mendapati nama Sydney Sutcliffe tersenarai dalam nama-nama tentera negara yang terkorban dalam WW1.
“Melihat nama Sydney pada batu-batu nisan itu menimbulkan emosi dan saya masih mencuba untuk faham semua ini. Ia satu perasaan yang sangat aneh.
“Yang lebih pelik, ibunya meninggal dunia pada tahun 1960 dan saya dilahirkan sembilan bulan kemudian pada tahun 1961 berikutnya.
“Jadi pada pandangan saya, dia seolah-olah menunggu ‘kelulusan’ saya untuk dilahirkan semula dan sebab itulah saya di sini,” tambahnya.
Sumber: Oddity Central / FB Steve Mulligan