Siakap Keli
tengah hari tanpa bayang
Gambar Via Tauhid Aziz/Bernama

Netizen Kongsi Detik Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Yang Berlaku Siang Tadi

Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang dilaporkan telah berlaku sekitar pukul 1.19 dan 1.20 tengah hari tadi.

Untuk pengetahuan, fenomena Hari Tanpa Bayang berlaku susulan peristiwa Ekuinoks iaitu apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Ia merupakan fenomena dua kali setahun yang akan menyebabkan seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang serta malam.

Apabila matahari berada di titik tertinggi di langit, sinarannya menjadikan bayang-bayang bagi mana-mana objek berada tepat di bawahnya, menjadikannya kelihatan seperti tiada bayang-bayang.

BACA JUGA: Tengah Hari Tanpa Bayang Di Kl, Putrajaya, Shah Alam Hari Ini

Susulan fenomena itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan gambar dan video ketika kejadian.

Antara yang menarik perhatian ialah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, yang dipercayai dirakam di AU3, Kuala Lumpur.

Video itu juga didakwa dirakam tepat pada pukul 1.19 tengah hari tadi dan memperlihatkan perubahan ketika fenomena itu berlaku.

Sementara itu, bayang-bayang bebola batu yang terdapat di Pusat Bandar Shah Alam juga dilihat berada tepat di bawah objek susulan fenomena itu.

Menurut Bernama, peristiwa Ekuinoks itu juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi.

Manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Adham Baba berkata beliau mahu seluruh Keluarga Malaysia menghayati fenomena itu.

“Orang ramai digalakkan keluar rumah lebih awal untuk memerhatikan perubahan bayang-bayang sendiri atau bayang-bayang objek-objek lain sekitar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia mula mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang semenjak Rabu lepas di bandar-bandar di Sarawak iaitu Serian, Sri Aman, dan Betong serta Kukup di Johor.

Selepas 7 April 2022, matahari akan semakin teranjak ke latitud-latitud lebih ke utara iaitu ke negara-negra seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Antara kawasan lain yang turut terlibat pada hari ini adalah di Putrajaya, Bintulu, Petaling Jaya, Pelabuhan Klang, Kajang dan Mukah.Β 

Sumber: Tauhid Aziz, Bernama

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.