Jika sebut tentang ‘Hari Raya Aidilfitri’, ia memang tidak ‘lari’ daripada pelbagai resipi hidangan yang menyelerakan seperti ketupat, lemang, rendang dan pelbagai lagi aneka kuih raya yang lain.
Umumnya, juadah ketupat yang kita makan biasanya hanya menggunakan pulut kosong yang dimasak, kemudian dimakan bersama rendang mahupun serunding pedas. Jaranglah ia dimakan kosong saja, bukan?
Tapi pernah tak anda makan juadah ketupat kacang? Sejenis ketupat yang bukan ‘kosong’ semata-mata, tetapi dimasak sekali bersama kekacang di dalamnya. Ini lebih menimbulkan rasa ‘sedap’ ketika dikunyah.
Kalau nak tahu macam mana caranya membuat ketupat kacang, mari kita ikuti perkongsian resipi oleh Art Iera dalam group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) seperti di bawah ini. Selamat mencuba.
Resepi ketupat kacang untuk raya kalini.
Lama sudah tak membuat ketupat sejak terkena penyakit trigger finger. Malam ni, kita buat ketupat kacang dengan perlahan-lahan,
2kg beras pulut ambil masa 1 jam 45 minit juga untuk siapkan, syukur walaupun terasa kepedihan di situ.
Resepi ketupat kacang
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi ketupat kacang adalah beras pulut susu 1 kg dan direndam. Kemudian, masukkan 700g santan segar, 300g kacang yang direbus sehingga empuk, air satu cawan setengah, gula tiga sudu (rata) dan garam satu sudu (rata).
Cara penyediannya
Pertama sekali masukkan santan, kemudian masukkan air dan daun pandan hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan kacang yang telah direbus hingga empuk tadi dan masukkan gula serta garam.
Dalam 5 hingga 10 minit, tunggu santan mendidih dan boleh masukkan pulut. Kacau pulut hingga sebati dan keluar minyak. Selepas itu, boleh mula membalut ketupat. Selamat mencuba.



Sumber: Art Iera melalui Masak Apa Hari Ni