Aplikasi MySejahtera menjadi salah satu penggunaan yang penting dalam kehidupan seharian. Selain berfungsi mengimbas masuk di mana-mana lokasi, ia juga merekod tahap kesihatan kita dari semasa ke semasa.
Umumnya kita sudah mengetahui bagaimana cara aplikasi MySejahtera ini berfungsi. Variasi fungsi yang terbina padanya menjadikan urusan seharian kita menjadi lebih mudah dan dipercayai selamat.
Pemantauan ‘dari jauh’ oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laporan tahap kesihatan juga sangat membantu. Sekiranya disahkan positif COVID-19 (bagi kes ringan), kita tidak perlu bersusah-susah ke klinik kesihatan untuk memaklumkannya.
Hal ini kerana kita boleh terus melaporkan terus status positif tersebut dalam aplikasi ini, sekaligus mendapat arahan kuarantin kendiri dan pemantauan berkala melalui notifikasi harian dari KKM.
Baru-baru ini, pihak KKM menasihati jutaan pengguna MySejahtera di negara ini untuk mengemas kini aplikasi masing-masing. Tambahan pula, setiap pengguna sudah diberikan status ‘disahkan’ atau ‘verified‘.
Macam mana nak kekalkan data dari telefon lama ke telefon baru?
Di samping itu, bagaimanakah pula sekiranya ada seseorang pengguna itu menggunakan pelbagai telefon berbeza dan mahu mengemas kini aplikasi MySejahtera atas nama akaun yang sama?
Atau situasi lainnya, anda telah menukar nombor telefon lama kepada nombor baharu. Sudah tentu data peribadi dalam profil turut perlu ditukar juga. Bagaimanakah cara kekalkan data MySejahtera dari telefon lama ke telefon baharu?
Jangan risau. MySejahtera melalui laman Twitter ada berkongsi satu video tutorial bagaimana untuk anda kekalkan data aplikasi dalam peranti lama ke peranti baharu tanpa perlu ‘pening kepala’ lagi.
Menurut MySejahtera, anda perlu sahkan akaun terlebih dahulu untuk membolehkan kesemua ciri MySejahtera digunakan. Jika anda ada beberapa akaun MySejahtera yang berdaftar, hanya satu akaun sahaja yang boleh aktif dan disahkan dalam satu masa.
Untuk tutorial tersebut, anda boleh ikuti penerangan selanjutnya dalam video di bawah ini.
[Siri Video Tutorial MySJ #6 – Kekalkan Data MySejahtera Daripada Telefon Lama ke Telefon Baharu]
Anda tukar nombor telefon dan nak pastikan data MySejahtera anda ada dalam telefon baharu? Jom ikut langkah mudah ini.
Nantikan lebih banyak tutorial video mengenai aplikasi MySJ! pic.twitter.com/6dXz3Ok0lJ
— MySejahtera (@my_sejahtera) March 28, 2022
Sumber: MySejahtra