Siakap Keli
Budak tahun tujuh rebah

Budak Tahun Tujuh Rebah, Meninggal Dunia Di Sekolah Akibat Jantung

Seorang budak lelaki tahun tujuh yang rebah ketika sesi persekolahan dilapor meninggal dunia secara tragis selepas menerima rawatan kecemasan di sekolah.

Menurut Mirror, kanak-kanak tersebut meninggal dunia di Sekolah Tinggi Shoeburyness, UK sekitar jam 1.20 petang baru-baru ini akibat serangan jantung.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke sekolah sekitar jam 1 tengah hari. Jurucakap Polis Essex berkata mereka berada di tempat kejadian untuk membantu paramedik.

“Kami dipanggil oleh mereka sebelum jam 1.20 tengah hari (kelmarin) berikutan kebimbangan terhadap keadaan kanak-kanak lelaki itu.

“Budak tahun tujuh tersebut mengalami serangan jantung dan malangnya dia telah disahkan meninggal dunia.

“Sekolah ini akan terus dibuka esok dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk meneruskan rutin harian seperti biasa.

“Kami juga akan minta bimbingan dan sokongan kaunseling yang telah disediakan,” katanya, lapor Mirror.

Selain itu, Ambulans East of England juga dipanggil ke sekolah dengan kekuatan dua ambulans, dua pegawai serta satu ambulans udara Essex & Herts ke tempat kejadian.

“Kami dipanggil pada jam 1.16 tengah hari dengan laporan bahawa seorang kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan di Caulfield Road, Shoeburyness,” jelasnya, lapor Mirror sekali lagi.

Kejadian hampir serupa di Malaysia

Terdahulu, di Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing pernah membawa keluar seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mengalami sesak nafas dari Pulau Aur ke Hospital Mersing, 14 Mac yang lalu.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing pada 11 pagi (14 Mac) memaklumkan Nur Izzara Aliasha Hirwanizam mengalami sesak nafas dan perlu mendapatkan rawatan segera.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, bot PERKASA 31 yang sedang melakukan rondaan operasi telah diatur gerak ke Pulau Aur bagi memberi bantuan sewajarnya,” katanya dalam sebuah kenyataan ketika itu.

Nurul Hizam berkata bot membawa Nur Izzara Aliasha bersama dua kakitangan PKD Mersing tiba di Jeti Mersing kira-kira 3.30 petang dan kanak-kanak berkenaan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

Mersing mempunyai lima kepulauan utama iaitu Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.

Jarak dari Jeti Mersing ke Pulau Aur mengambil masa lebih dua jam perjalanan dengan menaiki bot.

BACA JUGA: KKM Syor Kanak-Kanak Segera Divaksin Sebelum 1 April – Dr Noor Azmi

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.