Siakap Keli

Hampir Seluruh Negara Bakal Dilanda Hujan, Ribut Petir Hingga Malam Ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 4.15 petang (29 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan seluruh negara sehingga 8 malam ini.

Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah di negeri Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) sehingga 7.00 malam ini.

Manakala negeri yang dijangka terlibat dengan ribut dan hujan lebat sehingga pukul 8 malam ini adalah negeri Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak)

Manakala di sebelah Pantai Timur pula di Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu).

Seterusnya di seluruh negeri Melaka dan kawasan di negeri Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di negeri Sarawak melibatkan kawasan Serian, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Mukah (Dalat) dan negeri Sabah melibatkan kawasan di Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan dan Kudat.

Orang awam yang duduk berhampiran kawasan yang dijangka terlibat dengan amaran ini dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan elakkan keluar sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.