“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”
Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh seorang wanita ini apabila anak kecilnya mengalami kecederaan serius akibat terjatuh daripada ‘baby walker’.
Kisah ini juga boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa di luar sana. Walapun anak-anak di rumah tidak menggunakan walker, tetapi pantaulah anak kecil supaya sentiasa dalam keadaan selamat.
Insiden ini diceritakan oleh Haziren Erin yang merupakan ibu kepada adik Mohamad Adrian Harriz atau lebih mesra dengan panggilan ‘adik baby’ yang kini sudah berusia 1 tahun.
Anak jatuh dari ‘walker’
“Adik baby ketika itu baru 7 bulan terjatuh daripada walker. Tetapi lepas terjatuh, dia okay sahaja, tak ada darah atau muntah.
Keesokkan harinya baru dia demam dan saya membawanya ke klinik. Waktu itu, mereka hanya sahkan demam biasa sebab terkejut daripada jatuh. Namun selepas itu, dia demam ‘on-off’ beberapa hari sehingga nampak tidak aktif dan senyap.
Cepat-cepat saya bawa ke hospital, doktor terus scan dan mendapati berlaku bengkak di dalam kepala adik baby sebab ada lebihan air. Bila doktor buang air di dalam kepadanya baru tahu ada jangkitan kuman.
Sehingga hari ini, setiap hari ke 10 harus menukar tiup di kepala adik baby selagi ada kuman di kepalanya.
Saya minta doakan adik baby pulih seperti sedia kala. Adik baby sangat kuat semangar. Alhamdulillah, perkembangan yang positif adik beby dapat gerakkan kaki dan tangan, itu pun sudah bersyukur,” tulisnya di Facebook.
Sudah lima bulan menerima rawatan di hospital
Difahamkan, hampir lima bulan adik baby berada di dalam wad. Sudah 12 kali menjalani pembedahan di kepala dan satu di lutut akibat jangkitan kuman.
Dalam satu video yang dikongsikan oleh wanita ini, pada pukul 4 pagi, secara tiba-tiba adik baby tidak ada respon. Oksigen ketika itu turun hingga bacaan 42 peratus.
Ibu mana yang tak sedih melihatkan anak yang masih kecil diberi ujian sebesar ini. Namun, ibu ini harus kuatkan semangatnya untuk kesembuhan anak tercinta. Kalau kita berada dalam situasi ini, mungkin perasaan yang sama juga kita akan alami.
Bagaimanapun, selepas doktor berjaya buang air daripada kepala anak kecil ini, keadaannya kembali normal. Namun, sehingga hari ini, anaknya masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaanya yang sangat lemah.
“Lepas masuk ICU, anak saya terpaksa pakai intubate sebab oksigen dia makin lemah…”
@haziren94 Alhamdulillah lps doktor buag air dlm kpla dikbeby da nmpk ok ckit.. #adrianharriz #fyp #anaksyurgakusayang
@haziren94
Besar harapan wanita ini agar ada ‘sinar’ untuk anaknya, Mohamad Adrian Harriz untuk pulih seperti anak-anak yang lain.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak dapat menahan sebak melihat keadaan anak kecil ini. Besar sungguh dugaan dan ujian mereka sekeluarga.
Semoga Allah angkat segala penyakit yang ada pada anak kecil ini, dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.
Sumber: Haziren Erin
Baca juga: Teringin ‘Baby Girl’, Doktor Kongsi Tips Untuk Bakal Ibu & Ayah