Siakap Keli
ganja

Nak Beli Ganja Tapi Dapat Daun Saderi, Lelaki Nekad Buat Laporan Polis

Palembang – Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki membuat laporan kepada pihak polis kerana menjadi mangsa dalam urusan jual beli dadah telah menjadi tular di media sosial.

Memetik laporan Okezone, video berdurasi 30 saat tersebut menunjukkan lelaki yang memakai jaket berwarna hijau lumut itu telah datang ke balai polis dan mengaku dirinya telah ditipu oleh pengedar dadah.

Lelaki tersebut mendakwa bahawa dia telah membeli sebungkus paket ganja dengan harga Rp 50,000 (RM14.69) di kawasan 7 Ulu, Palembang.

Tetapi setelah dia memeriksa barang yang dibungkus dalam surat khabar itu, ia sebenarnya mengandungi daun saderi dan bukan ganja seperti yang diharapkannya.

“Saya beli (ganja) Rp 50,000, saya ni kerja bawa ojek tuan,” katanya kepada pihak polis.

Ketika di balai polis, seorang pegawai polis telah meminta lelaki berkenaan membuka bungkusan yang dibawanya sambil bertanyakan tujuan kedatangannya.

BACA: Penyanyi, Komposer Disyaki Tanam Dan Proses Ganja Direman 7 Hari

“Jadi apa tujuan anda datang ke sini (balai polis)? Nak melaporkan kena tipu beli ganja?,” tanya seorang pegawai polis.

Jawabnya, dia memang datang ke situ untuk membuat laporan kerana ditipu ketika membeli ganja.

“Ya tuan, saya mahu buat laporan kerana ditipu beli ganja,” kata lelaki itu.

Jawapannya itu membuatkan pegawai tersebut terhibur dan tidak dapat menahan ketawa.

Dalam pada itu, pegawai polis tersebut juga turut mengingatkan kepada lelaki itu bahawa tindakannya membeli ganja atau dadah adalah salah di sisi undang-undang.

Menurut laporan, lelaki itu disyaki mahu melaporkan diri di Pusat Khidmat Polis Bersepadu (SPKT) Polrestabes Palembang.

Bagaimanapun, Ketua Perhubungan Awam Kompol Abu Dani enggan mengulas mengenai video yang tular itu.

Sumber: Okezone

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.