Rakyat Malaysia dengan benda free memang tak boleh dipisahkan. Yelah, siapa je yang tak mahu berjimat cermat kalau dah diberi peluang untuk mendapatkan sesuatu secara percuma, kan. Ibarat bulan jatuh ke riba la.
Nak lagi, kalau barang yang ditawarkan secara percuma tu, memang dah lama diidam-idamkan. Kena pula, yang tukang promosi memang orang yang popular dan kita kenal sangat-sangat, lagi lah hati rasa melonjak-lonjak nak dapatkan barang tu dengan segera.
Haaaa, percayalah penulis pun macam anda semua juga bila dengar tentang barang-barang percuma ni.
Benda FREE apa tu?
Terkini, ASTRO hadir dengan tawaran tayangan percuma selama 60 hari untuk semua pelanggan setianya. Ya betul, anda tak salah dengar. Anda akan mendapat tayangan percuma selama 60 hari selepas anda melanggan pakej ASTRO Sports Pack tau.
Memandangkan tahun ini banyak acara besar sukan global berlangsung selepas hampir 2 tahun tertangguh, inilah masa yang paling sesuai untuk anda melanggan pakej ASTRO Sports Pack yang berharga RM 89.99 sebulan ini.
FIFA World Cup Qatar 2022, 19th Asian Games Hangzhou 2022, 31st SEA GAMES HANOI 2021, MotoGP, Formula 1, UEFA Champions League dan banyak lagi acara sukan mega, pasti membuatkan rumah anda gegak gempita ibarat berada di dalam sebuah stadium. Semua acara ini ditawarkan dalam resolusi Full HD dan sebahagiannya dalam 4K.
Kalau anda pengikut tegar Liga Perdana Inggeris, memang rugi habis kalau anda terlepas bahang kehangatan menuju perebutan trofi kejuaraan liga paling kompetitif di dunia itu. Man City dan Liverpool kini hanya dibezakan satu mata je tau. Berbaki beberapa perlawanan lagi, anda rasa siapa yang bakal menjadi juara? Semuanya mungkin akan ditentukan pada 10 April nanti di Stadium Etihad.
Langgan sekarang, anda akan dapat menonton perlawanan paling dinanti-nantikan ini secara percuma.
Bukan itu je, dengan lebih 95 saluran ditawarkan dalam pakej ini, anda boleh memilih apa sahaja jenis sukan yang anda mahukan. Badminton, hoki, skuasy, renang, tenis, bola keranjang sebut sahaja pasti semua ada untuk anda tonton. Berbaloi-baloi.
Bayar satu harga, tonton dua pakej serentak, jimat lagi berbaloi
Asyik tengok sukan je pun tak lengkap juga hidup anda kan, nak la juga tengok rancangan-rancangan lain.
Jangan risau, jika anda melanggan Sports Pack yang mempunyai lebih 95 saluran, pakej langganan anda juga termasuk dengan semua lebih 85 saluran dalam Primary Pack.
Jadi, anda cuma perlu bayar satu harga untuk pakej Sports Pack dan anda dapat menonton dua pakej serentak.
Tengok FREE 60 hari, berpeluang memenangi Yamaha YZF-R25
Tak cukup dengan 60 hari percuma, ASTRO nak bagi la motosikal kegilaan ramai, Yamaha YZF-R25 untuk pelanggannya yang bertuah.
Siapa? Mungkin andalah orangnya.
Apa yang anda perlu buat mudah je. Anda cuma perlu membuat langganan Sports Pack dalam tempoh kempen bermula 14 Mac hingga 31 Mei ini. Caranya, dengan menekan butang ‘Get It Now’ disini.
Jika anda merupakan pelanggan baharu ASTRO, “New To Astro” selepas itu. Penyertaan anda di dalam kempen ini adalah secara automatik sebaik sahaja anda membuat langganan.
Mudah je kan nak menang Yamaha YZF-R25.
Jadi, apa tunggu lagi. Rebut peluang anda sekarang. Langgan pakej Sports Pack ASTRO dan bawa pulang Yamaha YZF-R25 yang mungkin menjadi milik anda. Untuk maklumat lanjut, layari laman web, Facebook dan Twitter ASTRO.