Siakap Keli
lokasi bazar ramadan selangor
Gambar via BERNAMA

Senarai 37 Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Selangor Untuk Tahun Ini

Tidak lama lagi semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang mulia, setiap kebaikan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda. Ia adalah detik paling dinanti-nantikan kita semua untuk melakukan pelbagai aktiviti ibadah yang paling dirindui.

Selain solat terawih dan aktiviti ibadah yang lain, benda paling dinanti-nantikan juga sudah pasti bazar Ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka.

Namun, seperti yang kita tahu, negara masih lagi dibelenggu dengan virus Covid-19, justeru ada SOP yang perlu kita patuhi demi keselamatan diri masing-masing.

Walau bagaimanapun, sesuai dengan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia, pada tahun ini bazar Ramadan dibenarkan beroperasi dengan SOP yang disediakan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, sebanyak 72 lokasi bazar Ramadan membabitkan 5,000 gerai akan beroperasi di sekitar ibu kota sepanjang bulan Ramadan yang dijangka bermula Ahad ini.

Menurutnya dalam sebuah kenyataan yang dibuat sebentar tadi, pengoperasian bazar Ramadan itu bermula sekitar 3 petang hingga 8 malam.

“Walaupun selepas 1 April kita telah masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan SOP (prosedur operasi standard) lain, ” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak penyusunan penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang di sini hari ini.

Lokasi bazar Ramadan di Selangor

Bagi mereka yang berada di sekitar Selangor pula, berikut kami kongsikan senarai lokasi bazar Ramadan yang akan beroperasi pada tahun 2022. (*akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

Lokasi tapak bazar adalah seperti berikut:

1. Petaling Jaya

  •  Taman Medan PJS 2/3
  • Taman Sri Manja PJS 1/30
  • Kg Lindungan PJS 6/3
  • Desa Mentari PJS 6/5
  • SS 6/1, Kelana Jaya
  • SS 8, Sg Way
  • Seksyen 17/1A
  • Seksyen 14/27
  • Kg Baiduri, Seksyen 51A
  • Seksyen 8, Sg Jernih
  • Kg Sg Kayu Ara
  • Lembah Subang
  • Seksyen 4 Kota Damansara
  • Apartment Meranti, Bandar Sri Damansara
  • Apartment Vista, Damansara Damai
  • Prima Damansara
  • Jalan Kenyalang 11/1, Kota Damansara
  • Seksyen 3, Jalan Sentosa
  • Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara

2. Subang Jaya

  • USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5) – 140
  • USJ 7, Subang Jaya (di hadapan Gerai Majlis USJ 7) – 60
  • USJ 1,  Subang Jaya (Pangsapuri Angsana – bersebelahan surau) – 30
  • Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1) – 30
  • Batu 3, Shah Alam (Bersebelahan Tapak Pasar Malam Lama Batu 3) – 20
  • SS 19, Subang Jaya (Bersebelahan Shell) – 20

3. Puchong

  • Putra Heights (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Sri Mutiara) – 40
  • Taman Puchong Perdana (Jalan Perdana 2) – 120
  • Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22) – 15
  • Taman Puchong Prima (Jalan Prima 5/1) – 40
  • Dataran Niaga Puchong Permai (Persiaran Puchong Permai) – 50
  • Taman Puchong Utama (Jalan PU 7/2) – 50
  • Bandar Bukit Puchong (Jalan BP 7) – 56

4. Kinrara

  • Bandar Kinrara 5 (Jalan BK 5A/1) – 160
  • Taman Tenaga (Tapak Letak Kereta, Jalan Cenuk 1) – 20

5. Serdang/ Seri Kembangan

  • Taman Seri Serdang (Jalan 18/35) – 180
  • Taman Equine(Jalan PP 1B) – 120
  • Taman Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/1) – 100

BACA JUGA: 72 Lokasi Bazar Ramadan Beroperasi Di KL Mulai Ahad Ini

Sumber: Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.