Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97 kini naik sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM3.83 kepada RM3.91 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penetapan harga runcit produk petroleum itu berkuatkuasa bagi tempoh 31 Mac 2022 hingga 6 April 2022.
Bagi harga runcit petrol RON95 dan diesel, ia kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” kata kementerian itu.
Tambah kementerian itu lagi, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Berbeza dengan minggu lalu, harga RON97 dilaporkan turun sebanyak 17 sen, menjadikannya berjumlah RM3.83 seliter.
Siaran Media Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 31 Mac 2022 Hingga 6 April 2022. pic.twitter.com/gSxij2efdR
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) March 30, 2022
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia