Sebut sahaja tentang ‘overhaul’ atau ‘turun enjin’, pemilik kereta pasti akan rasa macam nak ‘pengsan’. Mana taknya, mereka terpaksa keluarkan wang yang banyak untuk servis enjin kereta. Paling mudah pun, boleh cecah harga ribuan ringgit. Malah ambil masa beberapa hari dan minggu untuk disiapkan semuanya.
Untuk elakkan kejadian itu berlaku, anda perlulah sentiasa memeriksa jadual pertukaran minyak hitam atau juga disebut minyak enjin. Sebagai pemilik kereta, janganlah kita jadi pemilik yang hanya tahu ‘start‘ kereta dan terus berjalan.
Sesekali periksalah keadaan enjin kereta anda atau peka dengan jadual pertukaran minyak enjin. Kalau anda ingin tahu jenis minyak enjin yang ada di pasaran, boleh rujuk di bawah. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Carput menerusi laman Twitter mereka.
Ini punca & cara elak enjin kereta anda kotor teruk
Punca enjin boleh jadi kotor macam ini cuma satu sahaja, minyak hitam (enjin). Sama ada ditukar tak ikut jadual, atau minyak tiruan.

Minyak hitam kereta ni ada 3 jenis dengan jadual penukaran yang berbeza.
1. Minyak Mineral
Setiap 5,000 km atau 4 bulan. Biasa ni minyak yang paling murah. RM50 hingga RM70 dah boleh dapat.
2. Minyak Semi-Sintetik
Setiap 7,500 km atau 6 bulan. Harga minyak ni biasa dijual antara RM80 hingga RM140 bergantung pada jenama minyak.
3. Minyak Full Sintetik
Setiap 10,000 km atau 9 bulan. Harga minyak ini biasanya dijual antara RM120 hinggs RM180. Berbeza ikut jenama.
Jadi bergantung kepada jenis minyak yang korang guna, sebolehnya jangan lah korang ‘lajak’ servis kereta korang.
Kos servis minyak ini, tak mahal mana kalau nak dibandingkan dengan kos nak repair enjin kereta korang kalau rosak sebab ‘lajak’ servis. Dan yang paling penting, elakkanlah daripada terbeli minyak tiruan.
Sesetengah minyak tiruan di pasaran, bukan setakat kualiti rendah, tapi minyak yang dijual adalah minyak enjin lama yang dikitar semula.
Yang kemudiannya dipek semula dan dijual. Pihak Carput tak boleh nak suggest, jenis minyak mana, jenama mana yang terbaik. Tetapi secara personalnya, tukarlah pada full sintetik kerana tak perlu untuk kerap melakukan servis.
Kalau tadi gambar atas, ini pula gambar bawah menunjukkan apabila oil sump berkeladak macam ini, minyak untuk pam pusing pun susah. Bila susah, enjin tak ada proper lubrication. Lama-lama enjin pun rosak.
Ni contoh gambar ‘oil sump’ yang teruk.

Sedikit pesanan masyarakat dari pihak Carput, sentiasalah servis kereta anda ikut jadual bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar untuk masa akan datang.
Sumber: Carput