Penyerang Mesir, Mohamed Salah gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kelayakan Piala Dunia menentang Senegal malam tadi gara-gara dipancar sinaran laser.
Gangguan pancaran-pancaran laser berwarna hijau itu dipercayai dihala dari arah penonton lawan ketika penyerang itu sedang ‘bersedia’ untuk melakukan sepakan penalti.
Sebaik wisel dibunyikan, Salah merembat bola ke arah gawang gol. Namun rembatannya agak tersasar tinggi ke atas, sekaligus misinya menumpaskan penjaga gol Senegal gagal.
Gara-gara laser itu, Mesir akhirnya tewas 0-1 kepada Senegal selepas ketinggalan sepakan penalti 1-3 pada kelayakan Piala Dunia 2022 malam tadi.
Difahamkan, kedua-dua negara itu terikat 1-1 secara agregat selepas gol sendiri Hamdi Fathi pada minit keempat membolehkan Senegal menang tipis 1-0 di Stade Me Abdoulaye Wade.
Menurut laporan, kekalahan Mesir pada malam tadi merupakan kali kedua negara itu tunduk kepada Senegal menerusi penentuan sepakan penalti, sejak Senegal menjulang Piala Afrika pada Februari lepas.
Dalam pada itu, video Mohamed Salah yang diganggu pancaran laser hijau pada wajahnya tular di serata media sosial.
Ia dipercayai membangkitkan rasa tidak puas hati sebahagian besar penyokong Mesir yang mendakwa gangguan itu berunsurkan perkauman.
Senegal fans aren't the first ones to use a laser to distract players during a match, but it's wild that the referee let this continue.
Salah missed the penalty, and Egypt is out of the World Cup.pic.twitter.com/OpRzEGk7yA
— Joe Pompliano (@JoePompliano) March 30, 2022

Sumber: Eurosport