Siakap Keli
pavilion terbakar
Gambar: Tular/Twitter/Bernama

Pavilion Kuala Lumpur Terbakar Tadi

KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur terbakar kira-kira pukul 2:10 petang tadi.

Pihak Pengurusan Pavilion menerusi satu kenyataan memaklumkan, tragedi kebakaran itu berpunca daripada dapur di sebuah restoran yang terletak di aras satu pusat membeli-belah berkenaan.

“Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan ia telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Jabatan bomba bersama-sama dengan pegawai operasi dan keselamatan kami sedang menyiasat punca kebakaran tersebut berlaku.

“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dan operasi perniagaan berjalan seperti biasa,” maklum kenyataan itu hari ini.

Dalam kenyataan sama, pihaknya akan terus mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pengunjung dan penyewa (peniaga premis).

“Terima kasih dan jaga diri,” tambahnya.

Sementara itu, turut tular di Twitter beberapa keping foto yang memaparkan detik kejadian cemas tersebut.

Antara foto yang sempat dirakam adalah ketika kepulan asap hitam naik ke udara dari pemandangan sudut bawah serta ketibaan anggota bomba di tempat kejadian.

Selain itu, rakaman video tular suasana kebakaran tersebut turut dimuat naik kembali di laman Facebook Bernama sebentar tadi.

Sumber: Pavilion KL

https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/294572069417755/

Sumber: Pavilion KL

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.