Siakap Keli
toyol
Gambar: TikTok

Penduduk Kecoh Dakwa Temui Toyol Berwajah Manusia

Heboh baru-baru ini sebuah video penangkapan makhluk misteri jenis toyol yang menarik perhatian ‘penghuni’ media sosial terutama sekali Indonesia.

Menurut Indo Zone, pemilik akaun Tiktok @heri_crb17 kongsikan sebuah video memperlihatkan seorang lelaki yang dikelilingi orang ramai kerana memegang satu makhluk misteri.

“Makhluk di tangan lelaki tersebut kelihatan lebih kecil daripada saiz ibu jari orang dewasa.

“Sekali imbas, makhluk yang dipegangnya mempunyai wajah yang mirip dengan bentuk wajah manusia.

“Selain itu, makhluk tersebut juga kelihatan seperti memiliki sepasang kaki dan tangan seperti bayi yang baru lahir,” lapor Indo Zone.

Difahamkan, lelaki tersebut cuba untuk memasukkan ‘toyol’ itu ke dalam botol air mineral dan kedengaran suara-suara samar orang sekeliling yang teruja.

Menerusi video tersebut, kejadian tersebut berlaku di Cirebon, Jawa Barat. Sementara itu, dari maklumat yang dikumpulkan, ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Desa Buyut.

“Warga Cirebon kecoh dengan penampakan Toyol di siang hari,” tulis pemilik akaun tersebut, lapor Indo Zone.

Selain itu, video tersebut turut dihujani pelbagai lagi reaksi warganet di ruangan komentar, rata-ratanya teruja dengan penemuan misteri itu.

Bagaimanapun, ada seorang warganet yang berkata sesuatu yang agak ‘mematahkan’ sangkaan kewujudan toyol tersebut.

Katanya, “Gantungan kunci? Hahaha,”

Namun berdasarkan laporan semasa, sejauh mana kesahihan penemuan tersebut, ia masih tidak dapat dikenal pasti setakat ini.

@heri_crb17

Warga Cirebon dihebohkan oleh penampakan Tuyul disiang bolong… #penampakanhantu #tuyul #penampakanpocong #fyp #foryoupage

♬ suara asli – heri_crb17

Penemuan ikan aneh satu kepala

Sebelum itu, turut berlaku satu lagi penemuan aneh yang dilapor berlaku di Indonesia. Penduduk di Garut, Bandung digemparkan dengan penemuan seekor ikan kap yang aneh, bulan lepas.

Memetik laporan terdahulu, difahamkan ikan itu kelihatan aneh kerana ia dipercayai mempunyai satu kepala tetapi berbadan dua. Ikan aneh itu ditemui seorang penduduk tempatan, Dodi Sopandi ketika menangkap ikan di situ.

Dakwa Dodi, sejurus menemui ikan aneh itu, dia terus memuat naik fotonya ke dalam kumpulan Facebook masyarakat Garut menerusi akaun peribadinya. Sejak itu, ikan aneh tersebut menjadi perbualan hangat warganet hingga hari ini.

BACA JUGA: Penduduk Gempar, Ikan Aneh Satu Kepala Tapi Berbadan Dua Ditemui

Sumber: Indo Zone, Tiktok Heri_Crb17

Faiz Mustafa