Siakap Keli
excel dalam telefon

Ramai Yang Tak Tahu, Ini Cara Buat ‘Table’ Guna Excel Dalam ‘Smartphone’

Asal nak buat jadual je, mesti kena guna Microsoft Excel dalam komputer. Macam mana pula kalau tiada komputer dan hanya telefon pintar saja?

Tidak dinafikan dalam menyelesaikan tugas atau kerja, kita sering diminta untuk menguruskannya dalam bentuk jadual. Bukan apa, ia nampak lebih kemas dan mudah difahami.

Tetapi kebanyakan orang masih tidak tahu bagaimana cara membuat jadual di Excel. Bukan itu sahaja, malah tidak ramai yang ada komputer riba milik sendiri di rumah.

Benar, kerja menaip kini tidak lagi terhad pada penggunaan komputer sahaja. Sebaliknya kebanyakan kerja ‘office’ atau tugasan boleh dilakukan terus menerusi telefon pintar.

Jadi, SK kali ini akan kongsikan dengan anda semua terutamanya pelajar tentang cara-cara membuat jadual di Excel hanya menggunakan telefon pintar.

Kepada anda yang selalu menggunakan aplikasi Microsoft Office pada Android, berikut kami kongsikan langkah-langkah untuk menghasilkan Table menggunakan fungsi yang terdapat pada aplikasi Excel.

Pertama sekali klik pada ikon Buku kerja kosong seperti berikut.

Seterusnya pastikan Cursor berada pada kotak yang paling atas sebelah kiri dan klik pada menu Beranda untuk mencari menu seterusnya.

Pada bahagian Sisipkan pilih menu Table

Gerakkan Cursor pada paparan kotak Excel untuk menentukan baris dan lajur Table yang anda inginkan, selesai, Untuk memilih tema Table yang anda bina tersebut boleh sahaja pilih pada bahagian tema seperti berikut.

Mudahkan caranya, dengan kelebihan ini, SK pasti anda dapat menyelesaikan masalah dalam sekelip mata sahaja. Walapun tiada komputer riba tetapi masih boleh menyelesaikan kerja tanpa ada sebarang alasan.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: Wiser.my

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.